JERANTUT: Kerajaan negeri menerusi sebuah agensi mengimport 10 kontena kelapa dari Indonesia untuk keperluan rakyat Pahang terutama menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia negeri, Sim Chon Siang berkata, dengan membawa masuk bekalan kelapa luar itu, orang ramai tidak perlu bimbang akan berdepan masalah kekurangan kelapa dan santan untuk kemudahan penduduk membuat persiapan menyambut Aidilfitri.
“Kemudahan bekalan ini juga dapat menurunkan harga santan kepada RM20 sekilogram mulai minggu ini berbanding sebelum ini ada ...