GEORGE TOWN : Seorang lelaki warga Perancis yang dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol ditahan selepas mengeluarkan kata-kata kesat terhadap polis di Bayan Indah di sini.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, lelaki berusia 29 tahun itu ditahan dalam satu sekatan jalan raya di kawasan terbabit.
“Ketika anggota polis menjalankan sekatan jalan raya di Bayan Indah, mereka telah mengarahkan pemandu sebuah Honda CRZ untuk memberhentikan kenderaan bagi diperiksa.
“Ketika diperiksa, lelaki warga asing itu bagaimanapun bertindak agresif dengan ...