GEORGE TOWN : Seorang suri rumah warga Vietnam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan iaitu memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan seorang remaja maut dan seorang lagi remaja cedera, Februari lalu.
Tertuduh, Nguyen Thi Kim Oanh, 40, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi.
Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memandu kereta jenis Honda Jazz di atas jalan raya atas ...