PETALING JAYA: Lebih 23.6 juta pengguna domestik di Semenanjung akan menerima kadar elektrik baharu menerusi pelaksanaan jadual tarif elektrik baharu yang diluluskan oleh kerajaan.
Penetapan tarif baharu tersebut akan berkuat kuasa bermula 1 Julai ini hingga 31 Disember 2027 di bawah kerangka kerja Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) selaras dengan peruntukan Seksyen 26, Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447).
Perubahan tarif elektrik bagi Tempoh Regulatori Keempat (RP4) membabitkan penstrukturan semula tiga komponen iaitu kadar purata ...