KUALA LUMPUR: Penduduk Taman Sri Sinar, Segambut di sini gembira selepas 15 tahun aduan dibuat berkaitan jalan rosak di kawasan kediaman mereka, kini diberi perhatian oleh pihak berkuasa tempatan.
Menurut mereka, selama ini penduduk di kawasan berkenaan terpaksa melalui jalan yang berlubang dan tidak ada tanda jalan.
Seorang penduduk taman itu, Tan Kim Chong, 65, berkata, dia gembira apabila aduan penduduk setempat turut didengari oleh wakil rakyat kawasan itu.
“Sebelum jalan dibaiki, keadaan jalan rosak teruk, ada yang berlubang sehingga mengancam keselamatan ...