PUTRAJAYA: Kerajaan akan memperhebatkan usaha dalam memperkukuh integriti, ketelusan dan tadbir urus yang baik susulan keputusan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2024 yang mengekalkan Malaysia pada skor 50 dan berada di kedudukan ke-57 secara global.
Pejabat Ketua Setiausaha Negara (KSN) memaklumkan, bagi tujuan ini Pasukan Petugas Khas CPI yang diterajui Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar akan terus meningkatkan langkah-langkah penambahbaikan strategik.
Katanya, pasukan ini yang telah mula bersidang sejak Oktober tahun lalu dianggotai pegawai kanan pelbagai kementerian, ...