IPOH: Perak menjadi negeri pertama memperkenalkan kemudahan secara dalam talian untuk mengisi dan mencipta borang bagi kes-kes terpilih di Mahkamah Syariah dalam negeri ini.
Antara kes terpilih itu ialah permohonan perceraian persetujuan yang dipersetujui oleh kedua-dua suami dan isteri serta, tuntutan pengesahan lafaz cerai bagi pihak suami atau isteri yang menuntut pengesahan lafaz akibat menyebut, menaip atau apa-apa perkataan cerai di luar mahkamah.
Ketua Hakim Syarie dan Ketua Jabatan Kehakiman Syariah Perak, Datuk Ab. Rahman Thobroni Mohd. Mansor berkata, kemudahan itu ...