BALING: Lima individu dilaporkan cedera setelah dipercayai diserang dua ekor anjing jenis Rottweiler dalam kejadian pada pukul 5.45 pagi ini di Taman Desa Bidara, Kuala Ketil, di sini.
Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Azmi Mokhtar berkata, berdasarkan laporan oleh Majlis Ketua Kampung (MKK) Pekan Lama, anjing terbabit disyaki terlepas dari rumah pemiliknya.
“Sehingga kini kami belum menerima laporan daripada mangsa-mangsa terbabit disebabkan mereka sedang dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.
“Kami dimaklumkan, dua ekor anjing tersebut dipercayai terlepas daripada pemiliknya ...