KABUL : Delegasi dari Afghanistan akan menghadiri sidang kemuncak iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang bakal berlangsung di Azerbaijan.
Jurucakap Kementerian Luar Afghanistan, Abdul Qahar Balkhi berkata, ini merupakan penyertaan pertama dalam sidang kemuncak sejak kerajaan Taliban mengambil alih kuasa pada tahun 2021.
“Delegasi kerajaan Afghanistan akan berada di Baku untuk sidang COP29 yang akan bermula pada Isnin di ibu kota Azerbaijan,” kata jurucakap itu.
Sehingga kini, belum jelas apakah kapasiti yang akan digalas ...