MANDALAY: Pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan seorang lelaki yang masih hidup dari runtuhan selepas lima hari gempa bumi dahsyat melanda Myanmar dan Bangkok.
Harapan untuk menemui lebih ramai mangsa yang terselamat semakin pudar, tetapi terdapat detik kegembiraan pada Rabu apabila seorang lelaki berjaya dikeluarkan hidup-hidup dari runtuhan sebuah hotel di ibu negara Naypyidaw.
Pekerja hotel berusia 26 tahun itu diselamatkan oleh pasukan penyelamat gabungan Myanmar dan Turkiye sejurus selepas tengah malam, menurut perkhidmatan bomba dan junta.
Dalam rakaman video yang dimuat naik oleh ...