SUNGAI PETANI: Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menempelak Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor yang menyatakan PH dan Barisan Nasional (BN) perlu menunggu sehingga hari kiamat untuk memerintah Kedah.
Saifuddin yang juga Pengerusi PH Kedah berkata, reaksi seperti diucapkan Menteri Besar Kedah itu sudah tercatat dalam al-Quran bahawa ianya bersifat angkuh.
“Dia nak jawab politik ‘tunggulah sampai hari kiamat’ terpulang. Dalam al-Quran cerita dah reaksi macam itu namanya angkuh, sombong ...