Blog

Ya Allah janganlah tarik nyawa aku sekarang – Zamarul Hisham

KUALA LUMPUR: Pelakon, Zamarul Hisham, 54, mengakui hanya terbayang akan kematian ketika berada di dalam ambulan sepanjang perjalanan menuju ke hospital gara-gara mengalami sesak nafas.

Menurut Zamarul, kejadian itu baginya menakutkan apa lagi dia turut ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi selama lapan hari bagi mendapatkan rawatan.

“Waktu saya diusung ke hospital saya cakap, ‘Ya Allah janganlah tarik nyawa aku sekarang sebab banyak yang aku tak sedia lagi’.

“Saya dah mula terbayangkan anak di hotel, tak akanlah nak tinggalkan mereka di ...

Read More →

Kilang e-waste haram lebur peluru dikenakan POK

PETALING JAYA: Kilang memproses sisa elektronik (e-waste) yang beroperasi secara haram di Telok Panglima Garang, Kuala Langat dekat sini telah dikenakan tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) bagi menghentikan pencemaran.

Pengarah Bahagian Bahan Berbahaya Jabatan Alam Sekitar (JAS), Azlan Ahmad berkata, tindakan diambil mengikut Seksyen 38(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974.

Katanya, JAS telah melakukan pemantauan berterusan dan telah membuat pemeriksaan ke atas kilang terbabit yang berpotensi menyebabkan berlaku pencemaran.

“Siasatan mendapati premis itu ...

Read More →
blank

Neelofa ramal juara AJL39 milik Nadeera

KUALA LUMPUR: Pengacara dan usahawan terkemuka tanah air, Noor Neelofa meramalkan lagu nyanyian Nadeera Zaini berjudul Bukan Lagi Kita bakal diangkat sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39).

Menerusi ciapan di laman X, Neelofa menyatakan pilihan peribadinya dengan memetik tiga nama finalis yang bakal merangkul tempat tiga teratas AJL39.

Tidak cuma itu, isteri kepada pelakon dan penceramah bebas, PU Riz ini juga meramalkan penyanyi, Marsha Milan bakal membawa pulang gelaran naib juara menerusi lagu Hening Rindu manakala Hael Husaini mungkin berada ...

Read More →
blank

 256,869 pelajar mulakan sesi baharu persekolahan di Terengganu

MARANG: Seramai 256,869 pelajar sekolah menengah dan rendah di seluruh Terengganu memulakan sesi persekolahan 2025/2026 bermula hari ini.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Jelani Sulong berkata, semua pelajar dan murid berkenaan memulakan sesi pembelajaran di 506 sekolah yang lengkap dengan kemudahan.

Katanya, daripada jumlah keseluruhan tersebut, seramai 107,555 orang adalah  pelajar sekolah menengah, manakala 149,314 orang merupakan murid sekolah rendah.

“Bilangan  murid tahun satu bagi sesi akademik 2025/2026 juga  meningkat kepada 23,254 orang ...

Read More →
blank

Arus deras hanyutkan Muhammad Nur Fitri

JASIN: Kejadian lemas yang mengorbankan satu nyawa di sungai berhampiran loji air Kampung Lanchang di sini, semalam berpunca daripada bot yang dinaiki empat mangsa itu dimasuki air sebelum tenggelam.

Ketua Polis Daerah Jasin, Superintenden Mohamad Rusli Mat berkata, sebelum kejadian mangsa yang maut, Muhammad Nur Fitri Abdul Rahman, 21, sedang menjala ikan di tepi tebing sebelum melihat abang sulung, kakak ipar dan anak saudaranya menaiki bot lalu menyertai mereka.

Ujarnya, polis menerima laporan berhubung kejadian tersebut kira-kira pukul 10.20 pagi.

“Mangsa cuba ...

Read More →
blank

Ugut Bakar Rumah Walaupun Tak Pernah Berhutang, Individu Dedah Modus Operandi Terbaru Ah Long – “Dia Pulak Suruh Kita Cari Si Penghutang”

Seorang individu tampil berkongsi modus operandi terbaru Ah Long atau pemberi hutang haram yang kini turut menjerat mangsa yang tidak pernah berhutang dan tidak bersalah.

Menerusi perkongsian saudara Afzan Mohd Arif di Facebook, lelaki itu memaklumkan ibu mentuanya telah menjadi mangsa Ah Long ini dan kediaman mereka turut disimbah cat merah.

Bukan sahaja disimbah cat merah, malah Ah Long itu turut mengugut untuk membakar rumah ibu mentua Afzan meskipun tidak pernah terlibat dalam sebarang hutang melibatkan jerung darat ...

Read More →
blank

“Selagi Ada Saya Akan Teringat Saat-Saat Getir..” – Zaquan Adha Nak Jual Meja Snooker Tempat Buat CPR Arwah Anak Bongsu

Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha meluahkan hasrat untuk menjual meja snooker miliknya yang menjadi saksi saat dia memberikan bantuan kecemasan buat anak bongsunya yang meninggal dunia beberapa hari yang lalu.

Zaquan berkongsi perihal itu menerusi satu hantaran di Instagram Story di mana peralatan itu menyimpan kenangan duka buat mereka sekeluarga.

Zaquan adha jual meja snooker Read More →

blank

Apa kaitan Dr. Tom Eames Hughes dengan Natrah?

blank

blank

Saya berjumpa nama Dr. Tom Eames Hughes apabila menggali bahan mencari Natrah. Buku kecil nipis bertajuk Tangled Worlds – The Story of Maria Hertogh, berwarna putih merah terbitan Institute of Southeast Asian Studies (ISEAS), Singapura 1980, setebal 64 muka surat banyak memberikan maklumat awal yang penting tentang Natrah. Buku ini beliau tulis semasa menjadi fellow … Read More →

blank

500kg emas dijual setiap bulan di Kelantan

KOTA BHARU: Kira-kira 500 kilo­gram (kg) emas dalam bentuk barangan kemas dibawa masuk ke Kelantan setiap bulan dan dijual di seluruh negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Empayar Iman Sdn. Bhd. (Empayar Iman), Zulna Hashim berkata, maklumat itu berpandukan kepada jumlah anggaran yang diterima daripada pengilang terutama di Pulau Pinang.

“Selaku pihak yang menguruskan Taman Emas Malaysia (TEM) di Kota Bharu, kita mendapat maklumat bahawa kebanyakan pembekal emas di negeri ini aktif mengambil barangan kemas dari kilang-kilang di Pulau Pinang.

“Jumlah keseluruhan emas ...

Read More →
Page 383 of 2,003 «...360370380381382383384385...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X