SHAH ALAM: Formula Kerajaan Perpaduan seperti yang diamalkan di peringkat Persekutuan ketika ini menjadi penanda aras bagi gabungan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Sabah bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) itu, tidak lama lagi.
Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Datuk Arthur Joesph Kurup berkata, perkara tersebut menjadi perhatian antara kedua-dua parti BN dan PH dalam satu pertemuan yang diadakan baru-baru ini.
“Baru-baru ini, BN Sabah mengadakan perjumpaan dengan PH Sabah dan dalam perjumpaan itu agak positif untuk kita ...