ORLANDO: Ketua jurulatih Benfica, Bruno Lage mengakui dia terpaksa mengharungi hari yang panjang untuk melihat pasukannya membenam Auckland City 6-0 dalam aksi Piala Dunia Kelab, kelmarin.
Kelab Portugal itu mendahului satu gol pada babak pertama namun perlawanan tersebut terpaksa ditangguhkan kerana ribut dan hanya bersambung semula dua jam kemudian.
“Ini adalah perlawanan terpanjang dalam karier saya, terima kasih istimewa kepada penyokong kami yang berada di sini selama lima jam menyokong pasukan. Kami bermain sebaik mungkin. Suhu (panas) membuatkan ia sangat mencabar,” ...