PETALING JAYA: Selepas cemerlang dalam tiga edisi penganjuran Liga A3 Community di sekitar Lembah Klang, Aligue Sports Industry memasang impian untuk melebarkan penganjuran liga berkenaan ke utara tanah air.
Pengarah Operasi Aligue Sports Industry, Shilachi Rizal berkata, hasrat berkenaan akan direalisasikan selepas pihaknya menerima permintaan dan maklum balas positif daripada pasukan-pasukan di sekitar utara.
“Misi kami ada memperkasa jenama liga amatur dengan platform liga yang kompetitif yang boleh bersaing ke Liga A2, seliaan Liga Bolasepak Amatur (AFL).
“Kami juga percaya, dengan wujudnya ...