PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menepis dakwaan cuba melindungi pemaju tertentu dengan menafikan wujud kerja mengorek tanah berhampiran lokasi kebakaran paip gas di Putra Heights.
Katanya, tidak timbul soal beliau cuba menafikan ada aktiviti itu sebagaimana dipertikai segelintir pihak di media sosial.
“Sebaliknya, saya minta bantuan orang awam salurkan maklumat dan kita kena siasat terlebih dahulu di mana jengkaut itu,” katanya dalam sidang media.
Amirudin berkata, kenyataannya pada hari pertama ...