TEHERAN: Presiden Iran Masoud Pezeshkian, memecat timbalannya, Shahram Dabiri berikutan kontroversi lawatan mewah ke Antartika ketika rakyat negara itu berdepan krisis ekonomi dan hiperinflasi, pada Sabtu.
Gambar yang tular dalam media sosial baru-baru ini menunjukkan Dabiri dan seorang wanita dipercayai isterinya berdiri berhampiran kapal persiaran mewah Plancius, yang menawarkan pakej pelancongan eksklusif ke Antartika sejak 2009.
Difahamkan harga bagi satu pakej lapan hari dilaporkan mencecah 3,885 euro (RM19,600) seorang.
Dalam surat pemecatan yang disiarkan agensi berita rasmi IRNA, Pezeshkian menegaskan dalam keadaan ...