Blog

20 buah sekolah lagi terlibat dalam program Aquaculture Aspire

SHAH ALAM: Sebanyak 20 buah sekolah lagi di seluruh negara dijangka akan terlibat dalam program Aquaculture Aspire yang akan dibiayai pihak Agrobank.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, program tersebut dilancarkan pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 lalu.

“Program Aquaculture Aspire diperkenalkan untuk mendekatkan anak-anak kita ini, terutama sekali mereka yang berada dalam program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) mengenai teknologi akuakultur.

“Kita bukan sekadar ajar mereka bela ikan, tetapi ajar teknologi bioflik, iaitu teknologi ...

Read More →

Ribuan berhimpun bantah pentadbiran Trump pada Hari Presiden

blank

blank

WASHINGTON: Ribuan penunjuk perasaan Amerika Syarikat (AS) berhimpun di bangunan ibu pejabat negeri dan lokasi lain di seluruh negara bagi membantah perubahan besar yang dilaksanakan Presiden, Donald Trump dan penasihatnya, Elon Musk terhadap kerajaan persekutuan. Protes besar-besaran itu dibuat ketika cuti umum Hari Presiden yang disambut pada setiap hari Isnin ketiga dalam bulan Februari setiap … Read More →

blank

Pesta Chingay Johor Bahru dicalonkan sebagai warisan dunia

JOHOR BAHRU: Pesta Chingay Johor Bahru yang memasuki usia lebih 150 tahun penganjurannya bakal dicalonkan sebagai Warisan Budaya Dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Presiden Persekutuan Tiong Hua Johor Bahru, Ho Sow Tong berkata, Malaysia dan Singapura akan bekerjasama dalam menjadikan perkara itu suatu realiti dengan mencalonkan Pesta Chingay Johor Bahru bersama-sama dengan Chingay Singapura dan Chingay Pulau Pinang.

“Pesta Chingay Johor Bahru telah wujud lebih 150 tahun dan telah menjadi ...

Read More →
blank

JDT ratah Pohang 5-2, raih posisi keempat

ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta’zim (JDT) mempamerkan kebangkitan untuk menang bergaya 5-2 ke atas Pohang Steelers dalam aksi terakhir peringkat kumpulan Zon Timur Liga Juara-juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim, di sini sebentar tadi.

Kemenangan itu menyaksikan skuad bimbingan Hector Bidoglio  mendaki ke posisi keempat apabila mengutip 14 mata menerusi lapan perlawanan, manakala kelab Korea Selatan itu tersingkir daripada kelompok lapan terbaik dan terkandas dalam saingan kumpulan.

Dalam perlawanan itu, kedua-dua pasukan tampak ...

Read More →
blank

Tunas Makmur: Murid Tahun Satu teruja, seronok datang sekolah dapat hadiah

JERANTUT: Seramai 66 murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Jengka 24 di sini teruja dan gembira menerima kit peralatan pembelajaran Tunas Makmur di bawah Inisiatif Makmur Pahang (IM Pahang) pada hari pertama sesi akademik 2025/2026 semalam.

Ketua Peneroka Felda Jengka 24, Razak Daud berkata, pelbagai gelagat dan reaksi murid dapat dilihat ketika menerima sumbangan tersebut.

“Ada antara murid itu terlalu seronok sambil berkata tidak sangka hari pertama sekolah dapat hadiah besar.

“Mereka tidak tahu ia sebenarnya peralatan sekolah sumbangan kerajaan negeri. ...

Read More →
blank

Pindaan Akta Kawal Selia Padi dan Beras disiapkan tahun ini

SHAH ALAM: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan akan menyiapkan pindaan Akta Kawal Selia Padi dan Beras (Akta 522) pada tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pindaan akta tersebut akan diselesaikan pada tahun ini bagi membolehkan ia dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat tahun hadapan.

“Pindaan akta ini kita mesti siap sebelum tahun depan. Kalau tidak siap tahun depan, saya akan kena ‘ hentam’lagi,” katanya kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Bantuan Wang Persekolahan Agrobank 2025 dan Pelepasan Anak Ikan Tilapia Aquaculture ...

Read More →
Page 373 of 2,005 «...350360370371372373374375...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X