JOHOR BAHRU: Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah bertitah agar teknologi kecerdasan buatan (AI) dimanfaat untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat dan tidak bersandarkan keuntungan semata-mata.
Baginda bertitah, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah diamanahkan sebagai peneraju penyelidikan AI melalui penubuhan Fakulti Kecerdasan Buatan pertama di Malaysia.
“Antara tanggungjawab adalah memastikan teknologi itu digunakan dengan bertanggungjawab dan beretika kerana perkembangan AI menawarkan peluang dan cabaran yang besar,” titah baginda sempena Majlis Konvokesyen ke-68 UTM, di sini hari ...