Blog

Siti Nurhaliza Tak Berkelip Mata Tengok Kulit Kim Soo Hyun Seperti Bayi

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza terpegun melihat kulit wajah aktor terkenal Korea Selatan, Kim Soo Hyun sewaktu menjayakan konsert Cuckootopia Music Fest.

Menerusi hantaran di Instagram penyanyi nombor satu negara itu, berkongsi swafoto bersama pelakon berknaan di atas pentas.

“Dapat juga saya berswafoto dengan Kim Soo Hyun. Kulit dia macam baby ya. Saya duduk sebelah dia pun tak berkelip mata tengok kulit dia,” tulisnya.

Perkongsian Siti itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut teruja melihat biduanita negara dan Kim Soo ...

Read More →

“Banyakkan Istighfar & Sedekah Supaya Tidak Muflis Akhirat”

Pelakon Nora Danish mengajak peminat untuk membersihkan dalaman diri serta membuang sikap sombong diri.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Nora berkata dengan  membuang perasaan negatif mampu mencetuskan rasa bahagia dengan hanya mengubah diri sendiri.

“Kita buka pintu hati kita berjihad untuk berubah, menerima qada dan qadar. Kita boleh bahagia tanpa bergantung kepada sesiapa, benda atau tempat. Jom kita usaha ‘bersihkan pakaian’ kita sama-sama,” katanya.

Sementara itu, Nora turut mengajak peminat untuk melakukan  Qiamullail bagi mencari kebahagiaan kerana beribadah pada waktu ...

Read More →

Negeri Sembilan Antlers juara STL 2024

SERDANG: Negeri Sembilan Antlers mempertahankan gelaran juara Liga Sepak Takraw (STL) apabila menewaskan Kuala Lumpur Thunder 2-0 dalam aksi final di Stadium MBSJ, Serdang Jaya, sebentar tadi.

Turun selaku juara bertahan, Negeri Sembilan Antlers menurunkan barisan terkuat diwakili Haziq Nizam (tekong), Zulefendi Sumari (apit kiri) dan Hafizul (apit kanan) dipaksa bekerja keras untuk mencatatkan kemenangan 17-15 di set pertama.

Beraksi di set kedua menyaksikan skuad kendalian Mohd. Shahir ketinggalan pada suatu ketika sebelum bangkit untuk memastikan kemenangan 15-10.

Aksi tersebut turut disaksikan ...

Read More →

Bola sepak Malaysia tidak gagal

PETALING JAYA: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menganggap bahawa bola sepak Malaysia sememangnya tidak gagal tetapi sebaliknya.

Tunku Mahkota Ismail yang juga pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) berkata dalam satu kenyataan bahawa individu yang berada dalam arena bola sepak yang sebenarnya gagal menguruskan pasukan kepada satu tahap yang ditetapkan.

Menurut Tunku Mahkota Ismail, sukar untuk memahami oleh sesetengah pihak yang menyifatkan bola sepak Malaysia gagal sedangkan JDT kini berkembang menjadi pasukan No. 1 di Asia Tenggara serta keenam di ...

Read More →

Salah faham permit hiburan punca pembatalan persembahan XPDC di UMK Bachok

BACHOK: Salah faham mengenai permit hiburan dipercayai menjadi punca pembatalan persembahan kumpulan rock tersohor tanah air di Padang Bola Universiti Malaysia Kelantan (UMK) iaitu XPDC pada Jumaat lalu.

Sekretariat Program Jelajah Siswa Pesta Konvokesyen Universiti Malaysia Kelantan Kali Ke-14 (PESKOUMK’14) dalam satu kenyataan sebentar tadi memohon maaf kepada semua pihak susulan pembatalan tersebut.

Katanya, sebagai badan yang bertanggungjawab menguruskan permit hiburan mereka telah mengemukakan permohonan kepada pihak Majlis Daerah Bachok (MDB) sejurus menerima pengesahan senarai nama akhir artis jemputan serta maklumat ...

Read More →

Siti muncul juara Siri Antarabangsa Malaysia

PETALING JAYA: Pemain perseorangan wanita negara, Siti Zulaikha Azmi mengungguli gelaran pertama di peringkat senior selepas muncul juara pada Siri Antarabangsa Malaysia di Johor, hari ini.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Tertutup Educity itu, pemain berusia 18 tahun itu mempamerkan pukulan cemerlang apabila menewaskan wakil China, Lu Sheng Xuan 21-13, 21-16 dalam tempoh 33 minit.

Siti berkata, beliau bangga dengan perancangannya selepas kekal berada dalam landasan sekali gus strateginya menjadi seperti yang dirancang.

“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dengan kemenangan hari ini. ...

Read More →

Demi Cantik, Azira Shafinaz Kental Makan Sekali Sehari

Pelakon dan penyanyi Azira Shafinaz berkongsikan dia mengamalkan intermittent fasting atau IF serta diet one meal a day (OMAD) untuk menjaga bentuk dan berat badannya.

Memetik mStar Online, Azira berkata dia melakukan IF selama 16 jam sehari dan hanya mengambil satu jenis makanan selepas ‘berbuka’ puasa.

“Jadi keseluruhannya saya berpuasa selama 16 jam dan tidak mengambil sebarang makanan,” katanya. 

Sementara itu, Azira berkata bukan mudah untuk mengamalkan IF dan OMAD apatah lagi dia suka mencuba pelbagai makanan dan ada masanya dia ...

Read More →

Kenali Sheila Abdull dalam lagu-lagu tidak popularnya

KETIKA ini, lagu berjudul Mungkinkah (2007) yang menjadi satu-satunya kejayaan komersial penyanyi, Sheila Abdull menerusi lagu popular itu sudah merekodkan lebih dua juta pendengar di penstriman muzik digital, Spotify.

Mungkinkah jauh meninggalkan tujuh lagu lain di dalam album tunggalnya, Sheila Abdull (2008) dan dalam tempoh 18 tahun ini, juara Suara Bintang Adnan Abu Hassan 2006 kategori zon selatan itu masih dibalut tanggapan – penyanyi one hit wonder.

Tetapi, dia sebenarnya bertuah. Walaupun tidak konsisten menggerakkan aliran pop dan balada di ...

Read More →

Ikmal Amry berhabis RM10,000 untuk ‘game’

Sebelum ini, Santai Selebriti banyak mengetengahkan hobi ‘outdoor’ yang menjadi pilihan kebanyakan penggiat seni tanah air.

Kali ini, pelakon kacak, Ikmal Amry tampil berkongsi hobinya yang suka bermain game. Uniknya mengenai hobi ini individu yang meminatinya tidak perlu bersusah payah untuk keluar berinteraksi dengan orang sekeliling sebaliknya hanya berkomunikasi melalui panggilan telefon ataupun video call sahaja.

Menurut pemilik nama lengkap Mohd Zulikmal Amry Ghazali, 30, dia tidak merasakan hobinya itu satu aktiviti yang sia-sia memandangkan tiada beza dengan hobi yang lain.

“Hobi ...

Read More →

Ada yang buli, binatangkan saya – Hun Haqeem

Sejak kebelakangan ini, isu budaya buli di lokasi penggambaran hangat diperkatakan dalam kalangan penggiat seni tanah air selepas seorang pelakon baharu mendedahkan wujudnya politik ‘senior junior’ di antara mereka.

Malah, perkara yang sebelum ini tidak pernah diketahui umum itu juga sedikit sebanyak menggoyahkan imej industri seni selepas sisi gelap tersebut ‘dilondehkan’ oleh pelakon terbabit.

Bukan itu sahaja, pendedahan itu sedikit sebanyak membuatkan ramai penggiat seni yang sudah lama bertapak dalam industri terpanggil untuk mengulasnya termasuklah pelakon yang baharu sahaja dinobatkan sebagai ...

Read More →
Page 360 of 1,603 «...330340350358359360361362...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X