MADRID: Sebuah restoran makanan Cina di ibu kota Sepanyol diarah tutup selepas didapati menyajikan burung merpati jalanan yang dijual sebagai itik panggang kepada pelanggan.
Restoran Jin Gu yang terletak di daerah Usera itu telah diserbu pihak polis pada 25 Mac lalu dan penemuan yang menjijikkan itu mengejutkan ramai pihak.
Rakaman yang diambil oleh pegawai polis menunjukkan potongan daging yang kelihatan mengerikan tergantung di rak jemuran pakaian.
Klip video lain pula memaparkan beg berisi daging kotor dan beberapa mangkuk berisi burung merpati jalanan ...