BANGI: Pindaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) memerlukan komitmen penuh semua pihak bagi memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja diutamakan dalam setiap operasi industri.
Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP), Baharudin Mamat berkata, pemain-pemain industri perlu peka dan mengetahui tentang perubahan terkini dalam Akta OSHA serta impaknya terhadap pengurusan risiko dalam pelbagai sektor industri.
“Pemerkasaan budaya keselamatan di tempat kerja adalah tanggungjawab bersama,” katanya ketika merasmikan Persidangan Perindustrian ...