JUJUR ya, setiap kali ada sesi balas membalas, pergaduhan dan bertikam papan kekunci di media sosial, Poklip tertanya-tanya apa yang para peminat, pejuang dan pembenci dapat dengan menjatuhkan orang lain?
Adakah artis yang dijunjung akan terus mendapat sokongan? Adakah setiap ‘penghinaan’ yang dilontarkan menambah jumlah baki dalam akaun masing-masing? Dan adakah para artis menghargai usaha menjatuhkan artis lain?
Poklip tidak rasa itu, cuma mungkin kepuasan dalam menghentam dan meruntuhkan semangat orang lain itu lebih nikmat. ...