PETALING JAYA: Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjadi wakil tunggal Malaysia layak ke separuh akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2025 di Ningbo, China, hari ini.
Aaron-Wooi Yik mengambil masa selama 30 minit untuk mengetepikan cabaran daripada pemain Indonesia Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dengan kemenangan 21-16, 21-11 di Pusat Sukan Olimpik Ningbo.
Pasangan nombor enam dunia itu dijadual bertemu wakil tuan rumah, Liang Wei Keng-Wang Chang dalam aksi separuh akhir kejohanan esok.
Wei Keng-Chang mara selepas pasangan ketiga terbaik dunia itu ...