SUBANG JAYA: Kerajaan negeri akan memfokuskan kepada isu pengurusan rumah sewa serta baik pulih kediaman mangsa selepas menyelesaikan operasi pembersihan di Putra Heights dan Kampung Kuala Sungai Baru, minggu ini.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, lebih 307 buah rumah telah selamat diduduki semula dan proses pengagihan bantuan sewa dijangka bermula minggu depan selepas penilaian terakhir dilakukan.
“Kita sudah masuk fasa terakhir. Minggu hadapan kita akan fokus kepada penyewaan dan baik pulih rumah mangsa terlibat selepas kerja-kerja pembersihan awam ...