KUANTAN: Polis menahan enam individu termasuk tiga wanita bagi membantu siasatan berkaitan kes pengabaian kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun, di sini, semalam.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kanak-kanak terbabit dilaporkan meninggal dunia sehari selepas mangsa dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan pada 19 Februari lalu.
Katanya, kesemua mereka yang berumur antara 17 tahun hingga 44 tahun direman seminggu sehingga 5 Mac ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.
“Berdasarkan laporan, pegawai perubatan Hospital Tengku Ampuan Afzan ...