KUALA LUMPUR: Polis menahan dua penganggur yang disyaki mengedar sejumlah 112.78 kilogram (kg) dadah pelbagai jenis pada 18 November lalu di United Point Residence, Segambut, di sini.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd. Zahari berkata, kedua-dua suspek terbabit ditahan pada pukul 6.45 petang di hadapan lif Blok B kondominium tersebut.
“Polis menahan dua lelaki tempatan masing-masinng berusia 29 dan 31 tahun kerana disyaki terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah sejak enam bulan lalu.
“Susulan tangkapan tersebut, polis dipandu arah oleh ...