GUANDONG: Seorang penumpang perkhidmatan e-hailing di China berdepan detik cemas apabila pemandunya membawa kenderaan dalam mod pemanduan automatik pada kelajuan tinggi sekitar 130 kilometer sejam (km/j) di lebuh raya pada waktu malam.
Namun penumpang itu hanya menerima kupon pampasan bernilai 5 yuan (RM3) selepas membuat aduan.
Penumpang yang dikenali dengan nama keluarga Li, telah menempah perjalanan melalui aplikasi HelloRide milik syarikat gergasi Alibaba pada malam 5 April lalu bagi perjalanan sejauh 180 km dari Foshan ke Luoding di wilayah Guangdong, selatan ...