Blog

PU Azman Dah Hafal Satu Juzuk Al-Quran Dalam Penjara

Peguam yang mewakili PU Azman iaitu Mohamad Zahid Ahmad berkongsikan perkembangan terbaru pendakwah selebriti itu berada dalam keadaan sihat di Penjara Kajang.

Memetik Harian Metro, Zahid berkata PU Azman turut memaklumkan dia sudah menghafal satu juzuk Al-Quran di dalam penjara.

Difahamkan, hari ini Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak salah satu representasi yang dikemukakan oleh PU Azman berkaitan pertuduhan melakukan amang seksual yang dikenakan terhadapnya di Mahkamah Sesyen Seremban.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya, Rasyidah Murni Adzmi di Mahkamah Sesyen ketika sebutan ...

Read More →

Terima Kasih Jadi Papa Yang Terbaik Untuk Kami Semua” – Bapa Sharnaaz Ahmad Meninggal Dunia

Bapa kepada pelakon, Sharnaaz Ahmad iaitu Datuk Bazir Ahmad telah menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 1:40 pagi Rabu.

Berita sedih itu telah dikongsikan di Instagram akaun milik pelakon itu.

Hero saya baru sahaja menghembuskan nafas terakhir pada jam 1:40 pagi.

Dia tak pernah berputus asa untuk berjuang, tapi jantungnya yang berhenti berdetak.

Read More →

“Sesak Nafas Nak Tampung Pelanggan…” – Pemilik Kafe Tak Jadi ‘Gulung Tikar’ Selepas Zizan Razak Datang Makan Di Kedai

Pelawak dan pelakon, Zizan Razak telah membuktikan bahawa kebaikan kecil mampu memberi impak besar apabila kehadirannya di sebuah restoran di Sungai Buloh yang hampir gulung tikar menjadi titik perubahan buat perniagaan tersebut.

Pemilik restoran tersebut mendedahkan jumlah pelanggan meningkat secara mendadak selepas video Zizan menikmati hidangan di premis perniagaannya tular di aplikasi TikTok.

Beberapa kali kami hampir buat keputusan untuk tutup kafe ini. Tidak sangka, Zizan Razak adalah artis pertama yang sudi bawa keluarganya datang ke sini.

Read More →

370 individu di Melaka hilang MyKad lebih tiga kali

MELAKA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menerima sebanyak 370 permohonan penggantian MyKad hilang melebihi tiga kali bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini di Melaka, meningkat 16 peratus berbanding 318 permohonan tahun lalu.

Pengarah JPN Melaka, Norazle Sulaiman berkata, antara alasan yang sering diberikan pemohon adalah terlupa tempat penyimpanan, tertinggal dan tercicir.

Kata beliau, segelintir pemohon turut bertindak membuat laporan polis palsu kononnya mendakwa menjadi mangsa jenayah bagi mengelak membayar denda RM1,000.

“Kita kelaskan permohonan penggantian MyKad hilang kepada tiga kategori iaitu cuai, ...

Read More →

Harga telur di AS meningkat akibat selesema burung

SACRAMENTO: Harga telur meningkat di Amerika Syarikat (AS) berikutan penyebaran selesema burung yang menyebabkan berjuta-juta ekor ayam mati atau dimusnahkan. Harga untuk sedozen telur meningkat lebih 60 peratus sepanjang tahun lepas ekoran wabak tersebut dan masalah serupa dijangka berterusan hingga hujung tahun ini kerana permintaan yang tinggi pada musim cuti di AS. Menurut Biro Statistik … Read More →

Erysha Emyra Setuju Kalau Ibu Nak Kahwin Lagi

Pelakon Erysha Emyra berkata dia tiada masalah jika ibunya, Datin Seri Noniswara kembali mendirikan rumah tangga selepas setahun kematian suami, Datuk Seri Dr Sheikh Nordin Sheikh Ahmad.

Memetik HibGlam, Erysha berkata dia dan adik-beradik tidak akan menolak takdir asalkan lelaki tersebut boleh menjaga ibunya dengan baik.

Kalau sudah sampai jodohnya, ada yang datang melamar dan ingin menjaga dia dengan baik, insya-Allah siapa kita untuk menolak.

“Tetapi, pastikan anak-anak dapat kenal dahulu, bawa dia berjumpa dengan keluarga dan kita akan duduk bersama berbual. ...

Read More →

“Ada Surat Sita Barang, Tapi Tiada Waran Masuk Rumah”

Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida mendakwa pihak plaintif sememangnya ada surat sita aset daripada mahkamah, tetapi tidak mempunyai waran masuk ke dalam rumahnya.

Menerusi sesi live di TikTok malam tadi, Vida berkata, plaintif berjaya memasuki kawasan rumah selepas dibenarkan oleh pekerjanya namun tanpa pengetuannya.

“Staf tak boleh hubungi saya kerana dalam perjalanan ke luar negara, maka mereka buat keputusan sendiri. Diberitahu ada sita.

“Sepatutnya ada satu lagi surat. Sita barang ada, surat masuk rumah tak ada, tetapi atas kerjasama staf yang saya ...

Read More →

Mahkamah Lepaskan Najib Razak & Irwan Serigar Hari Ini Tanpa Bebas Tuduhan Pecah Amanah RM6.6 Bilion

Hari ini, Mahkamah Tinggi telah melepaskan tanpa membebaskan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah atas enam pertuduhan pecah amanah yang melibatkan hartanah kerajaan Malaysia sebanyak RM6.6 bilion.

Melalui laporan BERNAMA, Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin telah memutuskan keputusan tersebut selepas membenarkan permohonan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Datuk Seri K.Kumaraendran, di mana kedua-dua mewakili Najib serta Irwan Serigar dengan memohon anak guam mereka ...

Read More →

Perak tiada perbincangan kerja empat hari seminggu

IPOH: Kerajaan negeri tidak mengadakan sebarang perbincangan berhubung cadangan memendekkan waktu bekerja sektor awam kepada empat hari setengah seperti mana yang sedang dibuat penelitian oleh kerajaan Johor.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, perubahan waktu kerja tiada dalam perancangan kerajaan negeri setakat ini namun tidak menolak untuk melaksanakan kajian sekiranya diperlukan.

Katanya, kajian menyeluruh dan terperinci perlu dilaksanakan sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan berhubung perkara itu.

“Perkara ini (tempoh waktu bekerja) perlukan kajian, mungkin negeri Johor telah buat kajian tapi dalam ...

Read More →
Page 325 of 1,605 «...300310320323324325326327...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X