Blog

“Suara Fazura Memang Sedap, Cuma Pitching Lari Sikit”

Pelakon Rashidi Ishak berkata dia hanya sekadar menegur serta berkongsi pandangan sebagai rakan artis susulan kritikan diberikan terhadap nyanyian, Nur Fazura.

Memetik mStar Online, Rashidi berkata dia tiada niat untuk mengkritik kerana memahami aktres itu kurang pengalaman dalam membuat persembahan nyanyian secara langsung.

“Kalau kita lihat, untuk penyanyi yang berlatih setiap hari dan sering membuat persembahan, masalah pitching jarang berlaku kepada mereka.

“Fazura mungkin kekurangan pengalaman dalam menyanyi secara live. Mana ada penyanyi yang lahir-lahir terus bagus, semua perlu berlatih dan dipelajari,” ...

Read More →

“Saya Bersyukur Dapat Sakit Kanser, Kalau Tak Dia Tak Akan Terima Saya”

Umum mengetahui, pelakon Kiah Propa kembali bergelar isteri apabila selamat berumah tangga dengan bekas suaminya, Mohamad Nazri Ismail. Menurut Kiah, dia terbuka hati untuk kahwin dengan suaminya selepas lelaki itu didiagnos kanser leher.

Menerusi temu bual bersama Wanita Hari Ini, perkongsian suami Kiah menyentuh hati netizen apabila meluahkan rasa syukur biarkan diuji dengan penyakit kanser.

Menurut Nazri, jika bukan kerana penyakit itu isterinya tidak akan berkahwin semula dengannya serta mengucapkan terima kasih kepada Kiah kerana sudi menerimanya.

“Alhamdulillah, saya bersyukur pada tuhan ...

Read More →

Sabah mara ke suku akhir Piala Malaysia

KUALA LUMPUR: Seperti dijangka Sabah FC mudah melangkah ke suku akhir Piala Malaysia selepas menyingkirkan PT Athletic FC 7-0 secara agregat.

Selepas menang besar 4-0 pada perlawanan pertama, aksi kedua pusingan 16 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, sebentar tadi, Sabah FC menang 3-0.

Dalam perlawanan timbal balik itu, PT Athletic berjaya memberikan cabaran kepada The Rhinos hingga menyaksikan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada babak pertama.

Tidak panik dengan situasi itu, Sabah bangkit untuk meledak tiga gol pada babak kedua untuk ...

Read More →

Kren tumbang ditiup angin kencang

PETALING JAYA: Sebuah kren tumbang hampir menghempap beberapa buah kereta yang diparkir berdekatannya ekoran ribut di PPR Sungai Bonus, Kampung Air Tawar, Setapak, Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut Pasukan Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, mereka menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.19 petang melalui MERS999.

“Bomba menghantar jentera ke tempat kejadian. Keluaran pasukan operasi daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Setapak bersama jentera FRT-1, dengan jumlah kekuatan seramai lima anggota.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi, terdapat sebuah menara ...

Read More →

404 hektar tanah kerajaan negeri di Sungai Perdak diceroboh, ditanam pokok durian

BENTONG: Kerajaan Pahang memandang serius aktiviti pencerobohan tanah secara haram milik kerajaan negeri yang dikesan berlaku di kawasan Sungai Perdak, Mukim Sabai di daerah ini.

Dianggarkan, kira-kira 404 hektar tanah kerajaan diceroboh serta terletak di kawasan tersorok dan tersepit di antara kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Lentang Tambahan dan betul-betul bersempadanan dengan tanah Negeri Sembilan.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, hasil siasatan mendapati kawasan tersebut ditanam dengan pokok durian.

“Sebagai langkah tegas, saya sudah mengarahkan Unit Penguatkuasaan Negeri ...

Read More →

Pemilihan Exco kali ini lebih baik, kukuhkan perpaduan – Hashim

KANGAR: Rombakan barisan Exco kerajaan negeri kali ini adalah lebih baik bagi mengukuhkan perpaduan di dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) di Perlis.

Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin berkata, rombakan berkenaan juga adalah merupakan satu proses dan perkara biasa dalam sesebuah pentadbiran.

“Kalau kita melihat dari sudut senioriti seseorang itu, saya rasa dengan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Sanji, Mohd Ridzuan Hashim dan tanpa kita kurangkan seorang pun Exco dari Pas, maka ia adalah sesuatu yang baik.

“Dulu Pengerusi Parti ...

Read More →

PU Azman Dah Hafal Satu Juzuk Al-Quran Dalam Penjara

Peguam yang mewakili PU Azman iaitu Mohamad Zahid Ahmad berkongsikan perkembangan terbaru pendakwah selebriti itu berada dalam keadaan sihat di Penjara Kajang.

Memetik Harian Metro, Zahid berkata PU Azman turut memaklumkan dia sudah menghafal satu juzuk Al-Quran di dalam penjara.

Difahamkan, hari ini Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak salah satu representasi yang dikemukakan oleh PU Azman berkaitan pertuduhan melakukan amang seksual yang dikenakan terhadapnya di Mahkamah Sesyen Seremban.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya, Rasyidah Murni Adzmi di Mahkamah Sesyen ketika sebutan ...

Read More →

Terima Kasih Jadi Papa Yang Terbaik Untuk Kami Semua” – Bapa Sharnaaz Ahmad Meninggal Dunia

Bapa kepada pelakon, Sharnaaz Ahmad iaitu Datuk Bazir Ahmad telah menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 1:40 pagi Rabu.

Berita sedih itu telah dikongsikan di Instagram akaun milik pelakon itu.

Hero saya baru sahaja menghembuskan nafas terakhir pada jam 1:40 pagi.

Dia tak pernah berputus asa untuk berjuang, tapi jantungnya yang berhenti berdetak.

Read More →

“Sesak Nafas Nak Tampung Pelanggan…” – Pemilik Kafe Tak Jadi ‘Gulung Tikar’ Selepas Zizan Razak Datang Makan Di Kedai

Pelawak dan pelakon, Zizan Razak telah membuktikan bahawa kebaikan kecil mampu memberi impak besar apabila kehadirannya di sebuah restoran di Sungai Buloh yang hampir gulung tikar menjadi titik perubahan buat perniagaan tersebut.

Pemilik restoran tersebut mendedahkan jumlah pelanggan meningkat secara mendadak selepas video Zizan menikmati hidangan di premis perniagaannya tular di aplikasi TikTok.

Beberapa kali kami hampir buat keputusan untuk tutup kafe ini. Tidak sangka, Zizan Razak adalah artis pertama yang sudi bawa keluarganya datang ke sini.

Read More →

370 individu di Melaka hilang MyKad lebih tiga kali

MELAKA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menerima sebanyak 370 permohonan penggantian MyKad hilang melebihi tiga kali bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini di Melaka, meningkat 16 peratus berbanding 318 permohonan tahun lalu.

Pengarah JPN Melaka, Norazle Sulaiman berkata, antara alasan yang sering diberikan pemohon adalah terlupa tempat penyimpanan, tertinggal dan tercicir.

Kata beliau, segelintir pemohon turut bertindak membuat laporan polis palsu kononnya mendakwa menjadi mangsa jenayah bagi mengelak membayar denda RM1,000.

“Kita kelaskan permohonan penggantian MyKad hilang kepada tiga kategori iaitu cuai, ...

Read More →
Page 324 of 1,605 «...300310320322323324325326...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X