Blog

PRK DUN Ayer Kuning: 14,000 pengundi muda jadi penentu

TAPAH: Calon Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO mempunyai potensi yang besar memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning sekiranya berjaya menarik undi sebahagian besar daripada 14,000 pengundi muda di kawasan itu.

Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan berkata, jentera BN perlu dimantapkan dan diperkasakan memandangkan 14,000 pengundi muda itu menjadi penentu keputusan PRK tersebut.

“Nasib baik, Pemuda BN Bahagian Tapah sentiasa mengadakan program-program belia. Ini satu-satunya Parlimen di negara ini yang mulakan pembangunan belia pada peringkat ...

Read More →
blank

“Akan Jadi Penentu Saman Atau Sebaliknya”

Pelakon dan pengarah Ellie Suriaty bersetuju untuk berjumpa dengan pempengaruh, Imran Bard bagi menyelesaikan kemelut berlaku antara mereka.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Ellie berkata pertemuan itu akan diadakan sebaik sahaja Imran pulang ke Kuala Lumpur, memandangkan dia kini berada di kampung.

BACA: Imran Bard Menyesal, Minta Maaf Kepada Ellie Suriaty

blank

“Saya setuju dengan permintaan Imran untuk berjumpa namun sekarang dia masih berada di ...

Read More →
blank

EFE dijangka capai potensi jualan RM3.5 bilion

KUALA LUMPUR: Pameran Perabot Eksport (EFE) edisi ke-18 dijangka meraih potensi jualan sebanyak RM3.5 bilion sepanjang acara tersebut dari 2 hingga 5 Mac di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, ini bukan sahaja memacu pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar Negara (KDNK) Malaysia tetapi juga mengukuhkan keyakinan pembeli terhadap jenama EFE.

Katanya, eksport perabot kayu mencecah RM9.9 bilion pada 2024, menyumbang 43.2 peratus daripada jumlah nilai eksport kayu Malaysia, bukti peranan pentingnya dalam ...

Read More →
blank

238 perangkap haiwan sasar Harimau Malaya dimusnahkan

IPOH: Sekitar 238 perangkap haiwan aktif yang dipasang oleh pemburu haram berjaya dimusnahkan di hutan Belum-Temengor yang merupakan habitat utama spesies Harimau Malaya atau nama saintifiknya Panthera Tigris Jaksoni.

Menurut pegawai Tabung Alam Sedunia (WWF) Malaysia, Seth Abdul Aleem Mohd. Ariff Sabri, usaha itu hasil kerjasama dengan masyarakat Orang Asli suku Jahai yang tinggal di kawasan tersebut serta pihak berkuasa.

Katanya, perangkap tersebut dipasang oleh pemburu haram tempatan serta negara jiran seperti Thailand dan Vietnam.

“Hari ini Alhamdulillah tiada lagi jerat aktif ...

Read More →
blank

Kes Aliff Aziz & Ruhainies Selesai, Bella Astillah Cuma Mampu Ucap Syukur

Ditanya mengenai pengakuan bersalah yang dibuat bekas suaminya, Aliff Aziz dan Ruhainies terhadap tuduhan berkhalwat, pelakon dan penyanyi Bella Astillah hanya mampu mengucapkan syukur.

Memetik mStar Online, Bella bagaimanapun enggan mencampuri urusan Aliff disebabkan mereka tidak mempunyai ikatan lagi.

BACA: Ruhainies, Aliff Aziz Mengaku Salah Tuduhan Berkhalwat

“Alhamdulillah, bagi saya apa saja keputusan mereka buat, sama ada mengaku bersalah atau sebaliknya ia bukan lagi tanggungjawab saya. Saya hanya mahu fokus terhadap diri sendiri dan anak-anak,” katanya.

Sementara itu, ditanya ...

Read More →
blank

“Rasanya Raya Gen Z Lagi Sedap, Saya Tak Faham Lagu Abah”

Anak kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Qadejah Aliff Syukri menyifatkan tindakan bapanya melancarkan lagu raya serentak dengan lagunya, Raya Gen Z sebagai satu persaingan sihat.

Memetik Kosmo, Qadejah berkata dia menyifatkan lagu rayanya bersama Ara Aziz, Alyssa Dezek dan Cik B lebih baik berbanding lagu bapanya.

BACA: Gaji Cecah Ratusan Ribu, Aliff Syukri Ditawar Jatawan CEO

“Baru-baru ini ketika kami sekeluarga makan malam, saya dan abah saling berpandangan dan bertanya mengenai lagu raya masing-masing. Kemudian, kami ...

Read More →
blank

Wanita Warga Emas Maut Terbakar, Disyaki Angkara Anak Lelaki OKU Mental

Seorang wanita warga emas maut dengan kesan terbakar di sebuah rumah di Jalan Tok Keling, Alor Setar semalam dipercayai dibunuh oleh anaknya selepas berlaku pergaduhan.

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad, berkata, Pusat Kawalan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kota Setar mendapat panggilan memaklumkan tentang kejadian lelaki mengamuk pada jam 7.48 pagi.

Polis yang tiba di lokasi kejadian membuat tangkapan terhadap suspek yang dikatakan mengamuk sebagaimana dilaporkan dan menemukan mayat dalam keadaan terbakar di ...

Read More →
blank

Isu peningkatan kos perubatan akan dimuktamad dalam masa terdekat

PUTRAJAYA: Isu peningkatan kos perubatan terutama membabitkan bayaran premium insurans akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya sedang menangani isu berkenaan secara agresif bersama kementerian berkaitan bersama Bank Negara dan Kementerian Kewangan (MOF).

“Beberapa pendekatan lain juga telah diambil dan saya tetapkan dalam waktu terdekat kita dapat tangani isu ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Kempen Kebersihan dan Keselamatan Makanan Bazar Ramadan 2025 di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, industri insurans dan ...

Read More →
blank

KKM perkenal talian WhatsApp, salur aduan kebersihan makanan

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melancarkan WhatsApp Aduan Kebersihan Premis Makanan, platform khusus bagi orang awam menyalurkan aduan berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan.

Menterinya, Datuk Dr Dzulkefly Ahmad berkata, orang ramai boleh menyalurkan aduan menerusi talian 012-8484378 dan melaporkan aduan berkaitan kebersihan makanan di premis makanan dan Bazar Ramadan sepanjang bulan mulia ini.

Beliau berkata, platform itu diperkenalkan bagi memastikan keselamatan makanan menjadi tanggungjawab bersama dan aduan dapat disampaikan secara langsung.

“Talian itu juga adalah tambahan kepada langkah pemantauan dan advokasi sedia ada ...

Read More →
Page 317 of 2,005 «...290300310315316317318319...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X