Pelakon, Uqasha Senrose menegaskan bahawa dia tidak akan berdiam diri jika ada pihak yang memperkatakan perkara negatif mengenai anaknya.
Menurut Mstar, Uqasha, atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen berkata, perkara tersebut boleh memberi kesan kepada emosinya sebagai seorang ibu.
Read More →

Prosedur Buat Hidung ‘Gone Wrong’, Zarina Anjoulie Menyesal – “Jahit Macam Tali Guni, Nanah Memancut”
Tidak menyangka prosedur kecantikan yang dibuat menjadi musibah, pelakon Zarina Anjoulie mengakui berasa kesal dengan keputusannya ‘membaiki’ hidung di Vietnam tempoh hari.
Kongsi Zarina yang lebih mesra disapa sebagai Anju, hidungnya mengalami jangkitan teruk sehingga mengeluarkan nanah.
Menyesal saya buat hidung, terkena jangkitan sampai demam dan sakit badan. Sudah beberapa hari hidung saya merah kerana jangkitan.
Difahamkan, prosedur pembedahan plastik yang dilakukan di negara itu didapati tidak ...

Lisa kembali jadi kontroversi, dituduh ‘lip sync’ di Anugerah Oscar
LOS ANGELES: Penyanyi, Lisa, kembali berdepan tuduhan tidak bernyanyi secara langsung setelah menjadi artis Korea pertama diundang membuat persembahan di Anugerah Akademi (Oscar) pada Isnin.
Ketika persembahan, Lisa menyanyikan lagu Live and Let Die sebagai penghormatan kepada filem James Bond di Anugerah Oscar ke-97 bersama penyanyi Doja Cat dan Raye.
Selepas persembahan, klip nyanyiannya menjadi tular apabila Lisa didakwa bernyanyi secara lip-syncing kerana vokalnya yang kedengaran terlalu sempurna semasa menari.
Malah, terdapat penonton yang kecewa dengan penampilan Lisa dan berharap agar penganjur ...

Tidak hirau sekatan Israel, 80,000 rakyat Palestin bertarawih di Masjid al-Aqsa
LONDON: Sekatan ketat tentera Israel tidak menghalang hampir 80,000 rakyat Palestin menunaikan solat tarawih di Masjid al-Aqsa di Baitulmuqaddis.
Jabatan Hal Ehwal Masjid al-Aqsa memberitahu, kebanyakan 80,000 jemaah itu merupakan penduduk Palestin yang tinggal di Baitulmuqaddis.
Menurutnya, ribuan lagi rakyat Palestin dari pelbagai bandar dan pekan di Tebing Barat dilarang masuk ke Baitulmuqaddis melalui pemeriksaan ketenteraan.
Semalam, tentera Israel menyerbu masjid berkenaan dan menahan tiga rakyat Palestin.
Israel turut menempatkan tenteranya di bandar lama Timur Baitulmuqaddis menjelang Ramadan.

Rumah Tangga Nadzmi Adhwa Dan Ardell Aryana Didakwa Sudah Berakhir?
Baru-baru ini, muncul spekulasi yang mendakwa perkahwinan dibina pelakon Nadzmi Adhwa dan isteri, aktres Ardell Aryana sudah berakhir.
Tampil menjawab spekulasi itu, Nadzmi memaklumkan dia dan Ardell berada dalam keadaan baik sekaligus menafikan dakwaan tidak berasas itu.
Menurutnya, berita itu muncul setelah wujud individu tidak bertanggungjawab yang menggunakan nama ...

“Tengok Dia Ikhlas Minta Maaf Atau Tidak” – Ellie Suriaty Setuju Bertemu Imran Bard, Jadi Penentu Untuk Urusan Saman
Pelakon Ellie Suriaty memaklumkan dia bersetuju untuk bertemu dengan pempengaruh sensasi Imran Bard berhubung kemelut yang melanda mereka berdua sebelum ini.
Ujar Ellie, dia akan bertemu dengan ‘influencer’ itu setelah Imran pulang ke Kuala Lumpur.
Pihak saya telah ...

Beri ruang anak berdikari di sekolah

IBU bapa perlu memberi peluang dan ruang kepada anak yang baharu memulakan persekolahan untuk berdikari. Ini kerana kemampuan berdikari merupakan salah satu kemahiran hidup yang penting bagi kanak-kanak dalam menghadapi cabaran masa hadapan. Anak yang mandiri lebih cenderung untuk menjadi individu yang bertanggungjawab, yakin diri dan berdaya saing. Di peringkat sekolah, kemahiran ini menjadi lebih … Read More →

Roti john laris, 500 bungkus habis dalam masa tiga jam
SEREMBAN: Hanya dalam tempoh tiga jam, jualan roti john yang diusahakan Mohd. Helmi Roslan, 33, di bazar Ramadan Metropark Sendayan di sini laris dan mendapat sambutan pada hari pertama jualan kelmarin.
Dia berkata, 500 bungkus roti john yang djualnya habis dalam tempoh tiga jam yang disifatkannya sebagai luar biasa.
“Alhamdulillah, sambutan yang diterima sangat menggalakkan dan orang ramai sanggup beratur panjang.
“Sebanyak 500 bungkus roti john yang disediakan pada hari pertama laris terjual dalam tempoh tiga jam sahaja iaitu dari pukul 4 ...

Hanya sekolah satu aliran sahaja boleh bentuk perpaduan

CADANGAN agar sejarah semua etnik di negara ini dimasukkan ke dalam buku teks sekolah rendah sebagai cara memupuk perpaduan negara supaya menjadi erat lagi utuh, sesungguhnya adalah langkah separa sahaja. Ini kerana ia sesekali tidak lengkap, yakni sekadar bersifat satu sisi yang kesannya tidak optimum. Cadangan itu boleh dianggap tindakan spontan yang tidak pun difikirkan … Read More →

PGA tumpaskan penyeludupan anak pokok durian, bonsai
RANTAU PANJANG: Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan dua lelaki yang bertindak sebagai penghantar sekali gus menumpaskan kegiatan penyeludupan anak pokok durian belanda dan pokok bonsai dalam serbuan bersaingan di sini semalam.
Serbuan sekitar 10 hingga 11 malam itu dilakukan menerusi Op Taring Wawasan Kelantan selepas anggota PGA menahan dua buah lori dalam keadaan mencurigakan di Kampung Derdap dan Kubang Rambutan di sini.
Komander Briged Tenggara Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, kedua-dua suspek yang ditangkap itu masing-masing ...