Blog

MBI Selangor terima pengiktirafan antarabangsa

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) menerima Anugerah Kelestarian Forward Faster Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Jaringan Impak Malaysia dan Brunei (UNGCMYB) 2024 di bawah kategori ‘Partnership for the Goals’.

Anugerah yang diperkenalkan oleh UNGCMYB itu adalah bagi mengiktiraf usaha serta dedikasi MBI Selangor yang teguh terhadap pembangunan mampan yang dicapai melalui kerjasama berimpak tinggi, selaras dengan ‘UN Sustainable Development Goals’ (UNSDGs).

Menurut MBI Selangor, pengiktirafan di bawah kategori tersebut memfokuskan kepada objektif Sabak Bernam Development Area (SABDA) dalam memperkasa komuniti ...

Read More →

Kami hadiahkan rumah untuk anak-anak demi masa depan mereka – Wawa Zainal

KUALA LUMPUR : Demi memastikan masa depan terjamin, pasangan selebriti popular, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal menghadiahkan kondominium buat anak-anak mereka yang terletak di Bangi, Selangor.

Menurut Wawa atau Wawa Zainal Abidin, 33, hadiah tersebut sebagai salah satu kegunaan bagi masa hadapan anak-anak.

“Kali ini, sempena ulang tahun kelahiran Soffya dan Fahri, kami berdua berikan mereka rumah, itu untuk masa depan mereka.

“Seorang satu, jenis rumah pula adalah kondominium di kawasan Bangi, Selangor. Harga tak mahal mana, tak perlu ceritalah tentang itu,” ...

Read More →

Tujuh sekeluarga berpelukan redah banjir selepas kereta hanyut

KUALA PILAH: Kejadian banjir  semalam  tidak akan dilupakan oleh tujuh sekeluarga dari Tampin apabila mereka terpaksa meredah banjir setinggi lebih satu meter untuk ke tempat lebih tinggi untuk menyelamatkan nyawa masing-masing.

Kejadian tersebut berlaku awal pagi selepas kenderaan yang dinaiki mereka dihanyutkan air deras di Jalan Dangi-Bahau, di sini,

Rohaida Razali, 29, berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan bersama suami, Akhir Abdul Talib, 32, tiga anaknya termasuk bayi berusia 10 bulan serta dua anak saudaranya ...

Read More →

Thamiera tidak berdendam dengan Mas Idayu

PETALING JAYA: “Tipulah kalau tidak terasa, kita manusia biasa.”

Demikian kata penyanyi Thamiera Chan ketika mengulas mengenai isu dia dan sepupunya, Didi Astillah menerima kritikan pedas daripada Mas Idayu selaku juri tetap di program Famili Duo, Ahad lalu.

Menurut Thamiera, dia tidak berdendam dengan penyanyi dangdut itu sebaliknya mengakui dirinya terlalu sensitif ketika menerima kritikan tersebut.

“Saya terasa tapi tidaklah marah atau dendam. Cuma saya terasa sebab saya artis baharu, bila kena marah ketika itu jadi sedih sebab saya berhati tisu,” katanya

Dalam ...

Read More →

“Saya Tak Buka Tabung Derma” – Khairul Aming Dedah Pinn Yang Beri Sumbangan Besar Untuk Mangsa Banjir

Pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming memaklumkan menerusi Instagram Storynya bahawa dia tidak membuka tabung derma banjir susulan ramai yang bertanyakan tentang nombor akaun mereka untuk menderma.

Khairul Aming menjelaskan dia tidak boleh sesuka hati membuka tabung bantuan kerana ia perlu mendapatkan permit terlebih dahulu.

Tambahnya, dia risau jika terlepas pandang akan amanah duit orang lebih-lebih lagi diwaktu genting ini memandangkan perlu menguruskan banyak hal.

Namun, usahawan tersebut menyatakan jika ada mana-mana pihak yang ingin memberikan barangan untuk diedarkan ...

Read More →

Banjir di Terengganu semakin meruncing

KUALA TERENGGANU: Banjir di Terengganu semakin meruncing dengan mangsa terus mencatatkan peningkatan kepada 40,190 orang daripada 11,240 keluarga setakat pukul 3.30 petang ini.

Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat (JLM) terdapat 333 pusat pemindahan sementara (PPS) sedang beroperasi di seluruh negeri ketika ini.

Katanya, banjir di Besut semakin buruk dengan mangsa tertinggi iaitu 15,582 orang daripada 4,214 keluarga berada di 123 PPS.

“Di Hulu Terengganu pula, mangsa terus meningkat kepada 7,073 orang daripada 2,276 keluarga di 63 PPS manakala di Setiu, mangsa juga meningkat ...

Read More →

Sabah, Sarawak diramal ribut petir, hujan lebat

PETALING JAYA: Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan dijangka berdepan ribut petir serta hujan lebat di beberapa kawasan sehingga petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, antara daerah-daerah terlibat adalah Limbang, Sarawak dan Pantai Barat serta Kudat di Sabah.

Katanya, kawasan pedalaman Sabah yang diramalkan terjejas termasuk Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku sehingga 4 petang.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ...

Read More →

“Suara Dah Sedap, Baju Pula Tak Kena” – Penampilan Nadeera Ketika Buat Persembahan TV Di Indonesia Dikritik Netizen

Penampilan penyanyi, Nadeera mendapat perhatian netizen ketika tampil melakukan persembahan di 29th Asian Television Award (ATA29) yang telah berlangsung di Jakarta, Indonesia pada Jumaat lalu.

Nadeera atau nama lengkapnya Farah Nadeera Zaini telah mendendangkan lagu Nirmala yang dipopularkan oleh penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza pada malam pertama acara berkenaan.

Read More →

Bayi setahun korban ketiga banjir di Kelantan

PASIR MAS: Bayi berusia setahun dari Chabang Empat, Tumpat menjadi korban ketiga banjir sejak musibah itu melanda negeri ini bermula Isnin selepas ditemukan lemas kelmarin.

Bayi berkenaan dipercayai terjatuh ke dalam air banjir di tingkat bawah rumah keluarganya selepas bangun daripada tidur di tingkat atas kediaman tersebut kira-kira pukul 10.30 malam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, siasatan mendapati, semasa kejadian ibunya yang berusia 41 tahun sedang tidur bersama mangsa di tingkat atas rumah tersebut sebelum tersedar bayi itu ...

Read More →

Graduan sebak kenang ibu terlantar ketika terima ijazah

SHAH ALAM: “Ini semua untuk umi,” demikian luahan seorang graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang mengenang ibunya terlantar tidak dapat hadir meraikan kejayaannya menggenggam segulung ijazah pada Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-100, baru-baru ini.

Menurut Muhammad Badrul Mohd. Hamzah, dia menerima Ijazah Sarjana Muda Fotomedia Kreatif pada Ahad lalu dan berasa terharu melihat rakan-rakan lain bersama dengan kedua ibu bapa masing-masing, namun tidak baginya.

Sebaliknya, dia hanya mengenang nasib ibunya yang tidak dapat bergerak akibat menderita Sklerosis Berbilang, iaitu penyakit autoimun kronik ...

Read More →
Page 313 of 1,605 «...290300310311312313314315...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X