Blog

blank

Rehatkan pemimpin sebahagian daripada taktik

LARUT: Keputusan merehatkan mana-mana pemimpin dalam Perikatan Nasional (PN) adalah sebahagian daripada taktik untuk memastikan keberkesanan parti.

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, dalam politik keputusan seperti itu adalah perkara biasa.

“Keputusan untuk ‘rehat’ bukan bermakna individu itu tidak kompeten tetapi lebih kepada memastikan keberkesanan politik.

“Seperti dalam permainan bola sepak, walau sebagus mana pun seseorang pemain itu, dia perlu direhatkan. Keputusan ini juga tidak menjejaskan kempen PN di PRK Ayer Kuning,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita pada majlis sumbangan kepada ...

Read More →

Mi goreng sempoi tapi padu

Hendak masak sesuatu yang mudah tapi tetap padu rasanya? Minggu ini, Seri kongsikan resipi mi goreng sempoi tanpa campuran daging, ayam atau makanan laut, tapi masih cukup berperisa.

Sesuai untuk dijadikan juadah berbuka jika sudah bosan dengan menu nasi.

Lebih menarik, mi goreng perkongsian Faezah Sufian menggunakan pes asam jawa yang menambahkan kick dalam rasa.

Bahan-bahan:

Sambal

2 genggam Cili kering

9 biji bawang merah

3 ulas bawang putih

½ sudu kecil pes asam jawa

Serbuk perasa secukup rasa

Garam secukup rasa

Minyak untuk menumis

Mi kuning

3 sudu ...

Read More →
blank

Satu babak pelanggaran Impak Maksima 2 cecah RM200,000 – Ahmad Idham

KUALA LUMPUR: Pengarah, Dr Ahmad Idham, mendedahkan babak pelanggaran antara kereta dan lori di Jalan Bukit Bintang seperti yang tular di aplikasi TikTok, menelan belanja sebanyak RM200,000.

Jelas Idham, pihak produksi sanggup berbelanja besar untuk satu adegan itu demi memastikan ia meninggalkan kesan mendalam kepada penonton Impak Maksima 2.

“Ia membabitkan kos keseluruhan kerana sebuah kereta sudah berharga RM50,000, tidak termasuk lori, ‘stunts’ (pelakon lagak ngeri), anggota polis, Rela dan sebagainya untuk menghasilkan babak berkenaan.

“Kami sanggup keluarkan kos sebanyak itu untuk ...

Read More →
blank

Zii Jia ditunjukkan pintu keluar oleh pemain Ireland

PETALING JAYA: Hasrat jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia untuk mara ke separuh akhir Orleans Masters 2025 tidak kesampaian selepas tunduk kepada wakil Ireland, Nhat Nguyen di Palais des Sports, Perancis, sebentar tadi.

Turun selaku pilihan utama, Zii Jia gagal mengekang asakan lawan sebelum tewas dalam pertarungan dua set, 23-21, 21-7 dalam tempoh 39 minit.

Kekalahan ini merupakan satu lagi tamparan buat pemain berusia 26 tahun itu, yang masih bergelut dengan prestasi tidak menentu sejak awal musim ini berikutan mengalami ...

Read More →
blank

Penuntut Kolej Universiti TATI maut motosikal terbabas

KUALA TERENGGANU: Seorang pelajar kolej maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas dan melanggar tiang elektrik di Jalan Atas Tol, di sini malam ini.

Nahas yang berlaku kira-kira pukul 8 malam itu menyebabkan pelajar Kolej Universiti TATI, Amirul Iman Mohd Zulkifly, 19, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Ego Avantiz sedang dalam perjalanan dari Chendering menghala ke Gelugor Kedai.

“Ketika tiba ...

Read More →
blank

Pearly-Thinaah tersingkir, Pang Ron-Su Yin tarik diri

PETALING JAYA: Langkah beregu wanita No. 1 negara, Pearly Tan-M. Thinaah terhenti di suku akhir selepas gandingan No. 6 dunia itu tunduk kepada pasangan China, Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian pada Kejohanan Badminton Orleans Masters di Orleans, Perancis, hari ini.

Turun selaku pilihan kedua, Pearly-Thinaah tewas straight set 15-21, 19-21 dalam masa 40 minit kepada Yi Fan-Shu Xian yang diletakkan sebagai pilihan ketujuh.

Kekalahan itu sedikit membimbangkan menjelang kejohanan tertua, All England yang akan membuka tirai kejuaraan Selasa, minggu depan.

Lebih malang ...

Read More →
blank

Polis mohon bantuan kesan Nur Khalisya

KUALA LUMPUR: Remaja perempuan, Nur Khalisya yang juga adik kepada bekas penyerang Harimau Malaya, Hadin Azman dilaporkan hilang sejak 11 hari lalu selepas pulang dari sekolah di Jalan Peel di sini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim  Ismail berkata, pihaknya menerima laporan orang hilang melibatkan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang kali terakhir dilihat pada pukul 5 petang, 25 Februari lalu.

Menurutnya, ibu remaja terbabit berusia  44 tahun  membuat laporan polis memaklumkan telah menghantar anaknya ke Sekolah ...

Read More →
blank

Meja makan antik berusia 30 tahun penyeri ruang

blank

blank

Genap seminggu berpuasa hari ini. Pasti ramai yang sudah mula memikirkan idea hiasan rumah untuk Aidilfitri yang bakal menjelang. Minggu ini, Seri kongsikan hiasan dalaman yang sedikit lain daripada yang lain. Kediaman milik Syarifah Aziza Kamalia Syed Faruk dan suami, Mohamad Iqmal Mohamad Mashud ini mengetengahkan hiasan rumah ladang moden yang dipadankan dengan perabot-perabot antik. … Read More →

blank

Rehatkan Razman demi kesejahteraan politik – Hamzah

LARUT: Keputusan Pas merehatkan Razman Zakaria daripada jawatan Pesuruhjaya Pas Perak perlu demi kesejahteraan politik jangka panjang.

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, keputusan merehatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol itu juga bukan bermakna Razman tidak kompeten.

Menurutnya, dalam politik adalah penting untuk memberi ruang kepada individu yang perlu ‘direhatkan’ buat sementara waktu agar dapat kembali lebih fokus dan bersedia untuk memberi sumbangan yang lebih besar kepada masyarakat.

“Keputusan untuk ‘rehat’ bukan bermakna individu itu tidak kompeten tetapi ...

Read More →
blank

Terengganu nyaris dimalukan Sabah 

KUALA NERUS: Terengganu FC (TFC) nyaris dimalukan Sabah FC selepas mencatat keputusan seri 2-2 dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, di sini, malam ini.

Pasukan pelawat mendahului perlawanan menerusi jaringan Stuart Wilkin yang bijak menyempurnakan hantaran jauh Saddil Ramdini dengan melakukan rembatan ke dalam gawang pada minit ke-19.

TFC yang tersentak dengan jaringan lawan mengatur serangan berbahaya dan menyamakan kedudukan pada minit ke-23 hasil bola tandukan Ismaheel Akinade selepas mendapat hantaran kemas Muhammad Akhyar Rashid.

Pada ...

Read More →
Page 301 of 2,004 «...270280290299300301302303...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X