Blog

Tiada kesan tayar pada tubuh, pakaian Muhammad Zaharif – saksi

IPOH: Pakar Perubatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) bersetuju dengan cadangan peguam bela bahawa tiada sebarang kesan tayar pada badan dan pakaian Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie.

Saksi pendakwaan ke-24, Dr Ain Nurfarahana Hamdan, 35, berkata, sekiranya terdapat kesan tayar, maklumat tersebut akan diperincikan dalam laporan bedah siasat yang disediakannya.

“Kalau ada, saya akan menulisnya di dalam laporan bedah siasat,” katanya ketika memberi keterangan dalam sesi pemeriksaan balas oleh peguam bela, M. Athimulan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Dalam ...

Read More →

Malaysia perlu kepakaran proses REE bukan radioaktif

KUALA LUMPUR: Malaysia memerlukan kepakaran dalam pemprosesan unsur nadir bumi (REE) secara efisien serta tidak berbahaya bagi membolehkan rakyat di negara ini berasa yakin dan selamat dengan sumber ekonomi itu.

Ini kerana REE amat penting kepada penjanaan ekonomi moden yang menjadi kunci utama dalam pembangunan produk seperti telefon pintar, komputer, bateri, kereta elektrik (EV) serta kincir angin.

Sumber bagi penghasilan produk sedemikian melibatkan REE bukan radioaktif yang terdapat di negara ini, namun proses mengoksida nadir bumi adalah kritikal kerana ia melibatkan ...

Read More →

Usap Perut, Fazura Mohon Doakan Hamil Anak Lelaki

Kenyataan pelakon dan penyanyi Nur Fazura meminta seorang kanak-kanak mendoakan agar dirinya hamil anak lelaki menjadi perhatian ramai.

Menerusi video dikongsikan di TikTok, difahamkan Fazura edang bergambar dengan seorang wanita dan tiga kanak-kanak lelaki. Fazura kemudian mengatakan sedemikian sambil mengusap perutnya.

“Doakan auntie dapat baby boy ya,” katanya.

Kenyataan Fazura itu sekaligus mencetuskan tanda tanya netizen serta ada yang mendoakan agar impian pelakon itu untuk memiliki cahaya mata lelaki termakbul.

Read More →

Suami Zahnita Positif Dadah, Akan Didakwa Esok

Suami kepada pelakon Zahnita Wilson akan didakwa di Mahkamah Majistret esok, atas tuduhan berkaitan keganasan rumah tangga.

Memetik Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata suspek akan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Selasa lalu, Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman mengeluarkan perintah reman terhadap suami Zahnita selama tiga hari selepas ditahan pihak polis.

Terdahulu, perkongsian Zahnita mengejutkan ramai apabila ...

Read More →

Bertugas Siang & Malam, Anggota APM Keletihan Terjatuh Dalam Air Ketika Selamatkan Mangsa Banjir

Kerana keletihan membantu mangsa, seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) terjatuh ke dalam air banjir ketika sedang menolak bot dalam arus deras.

Difahamkan, ketika kejadian yang berlaku pada 27 November lalu, anggota itu bersama pasukannya sedang menolak sebuah bot yang dinaiki mangsa banjir untuk dibawa ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kelantan.

Menurut Pegawai Operasi APM negeri, Kapten (PA) Md Fadir Md Nor bot tersebut ditolak kerana paras air di lokasi tersebut cetek dan tidak membolehkan enjinnya dipasang.

Semasa membantu mangsa ...

Read More →

Ini Bukan Dunia Khayalan! UNITAR Tawar Perodua Axia Baru Secara PERCUMA Bagi Pengambilan Januari 2025

Hmm, nanti la sambung belajar. Kerja dulu, kumpul duit, baru sambung. Mesti ramai anak muda sekarang yang berfikiran seperti ini kan.

Mana taknya, kalau ikutkan hati siapa tak nak sambung belajar ke peringkat lebih tinggi bersama rakan-rakan. Bak kata orang, zaman universiti la zaman di mana anda akan melalui pelbagai cabaran dan mengenali diri dan minat terpendam.

UNITAR Tawar Pengajian Lebih Mampu Milik Buat Semua

Memang tak boleh dinafikan lagi yuran pengajian boleh menelan kos yang agak tinggi. Itu belum kira ...

Read More →

Sanusi kesal suami isteri tipu daftar PPS berasingan demi wang

ALOR SETAR: Kerajaan negeri akan mengkaji semula mekanisme agihan bantuan wang tunai kepada mangsa banjir ekoran terdapat segelintir mereka bertindak menipu untuk mendapatkan wang yang lebih.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pihaknya akan terus menyalurkan RM1,000 kepada mangsa terlibat bagi meringankan beban mereka terutama yang mengalami kerosakan harta benda. 

“Hari ini kerajaan negeri putus untuk pertimbang sumbangan Bantuan Sejahtera kepada semua mangsa banjir cuma mekanismenya kena dibangunkan semula. Sumbangan sebelum ini ...

Read More →

Tikam ibu sampai mati berang ditegur vape  perisa dadah

KLUANG: Seorang pemuda berusia 20-an, sanggup menikam ibu kandungnya sehingga mati kerana disyaki berang ditegur menghisap vape mengandungi dadah dalam kejadian di Felda Ayer Hitam, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, wanita berusia dalam lingkungan 40-an meninggal dunia akibat cedera parah ditikam pada bahagian pinggang.

Utusan Malaysia difahamkan, ketika kejadian, mangsa menegur anaknya kerana dipercayai menghisap vape megandungi dadah.

Berang dengan bebelan ibunya, berlaku pertengkaran antara mereka sebelum suspek ...

Read More →

“Ibu Mentua Tak Pernah Berhenti Doakan Saya”

Madu kepada pempengaruh media sosial, Marissa Dania Hakim iaitu Umisya Mazlan meluahkan rasa syukur kerana ibu mentuanya sentiasa mendoakannya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Misya menyifatkan ibu mentuanya seorang yang baik dan sentiasa memberikannya kekuatan setiap kali berdepan dugaan.

“Ummi, ibu mentua serta insan yang terlalu baik. Yang tak pernah berhenti menasihati dan taburkan kebaikan untuk Misya,” katanya.

Terdahulu, hangat diperkatakan mengenai pernikahan anak pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa bersama Aslam di Songkla, Thailand secara rahsia.

SUMBER: Kosmo

“Baru Kahwin 3 Bulan Kena Belasah”

“Baru Kahwin 3 Bulan Kena Belasah” –  Bekas Isteri Dedah Jay Iswazir Minta Gugurkan Kandungan

Bekas isteri kepada pelakon Jay Iswazir iaitu Azzahra Ahmad mendedahkan dia menjadi mangsa keganasan rumah tangga sepanjang bergelar isteri kepada pelakon itu.

Sementara itu, Azzahra turut mendedahkan Jay pernah minta gugurkan kandungan kerana tidak bersedia disebabkan kurang berkemampuan.

“Ada ke suami tergamak paksa isteri ...

Read More →
Page 294 of 1,605 «...270280290292293294295296...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X