KUALA LUMPUR: Utusan Malaysia dinobat sebagai akhbar harian terbaik di negara ini oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) pada Majlis Anugerah Kolaborasi AKPK 2023/24, hari ini.
Utusan Malaysia meraih Anugerah Kecemerlangan Media Cetak AKPK yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif AKPK, Azaddin Ngah Tahir.
Kejayaan diterima itu sebagai pencapaian akhbar ini dalam melaporkan berita mengenai isu kewangan yang dihadapi oleh masyarakat meliputi golongan belia dan dewasa serta ilmu celik kewangan.
Antara media lain ...