Bekas ahli kumpulan Dolla, Syasya Rizal telah berkongsi perjalanan hijrahnya yang penuh cabaran serta pelbagai tanggapan daripada orang sekeliling.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok, Syasya atau nama penuhnya Norsyasya Afiqah Shahrizal mendedahkan bahawa persepsi orang luar terhadap dirinya pernah membuatkan dia terfikir untuk tidak lagi bertudung.