Menepis dakwaan bahawa dirinya menjalani pembedahan bariatrik untuk menurunkan berat badan, pelakon dan pelawak Enot menegaskan bahawa perubahan fizikalnya adalah hasil daripada amalan hidup sihat.
Enot, atau nama sebenarnya Aliza Abdullah, 46, menjelaskan bahawa sebagai bekas pesakit kanser usus, sebarang prosedur pembedahan yang melibatkan perutnya boleh mendatangkan risiko kepada kesihatannya.
Read More →

Pantau pendaftaran kelahiran secara digital
PETALING JAYA: Kerajaan digesa mempercepatkan penggunaan teknologi dalam sistem pendaftaran kelahiran bagi mengurangkan campur tangan individu serta meningkatkan ketelusan dan keselamatan maklumat.
Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, sistem sedia ada yang masih membolehkan manipulasi dokumen dan pendaftaran lewat kelahiran membuka ruang kepada penyalahgunaan kuasa serta amalan rasuah.
“Digitalisasi dapat membantu menutup ruang rasuah dengan memastikan proses pendaftaran lebih telus dan bebas daripada sebarang manipulasi dokumen sokongan palsu.
“Mekanisme pemantauan lebih ...

Pusat seleweng LPG hampir RM900,000 diserbu
JOHOR BAHRU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri ini menyerbu sebuah stor di Ulu Tiram yang dijadikan pusat penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) membabitkan rampasan bernilai RM860,000.
Pengarah KPDN Johor, Lilis Saslinda Pornomo berkata, dalam serbuan semalam tiada tangkapan dilakukan kerana tiada individu berada di premis tersebut.
“Pemeriksaan di premis menemukan sebuah lori tangki mengandungi 24,724 kilogram (kg) LPG serta 1,743 unit tong gas LPG berisi dan kosong berkapasiti 14 kg ...

Fazlina Ahmad Daud Terseksa Minum Air Basuhan, Cium Kaki Faizal Hussein
Pelakon Fazlina Ahmad Daud terpaksa meminum air basuhan dan mencium kaki aktor Faizal Hussein dalam satu babak drama Bidaah yang kini hangat diperkatakan netizen.
Memetik Kosmo, Fazlina berkata meskipun mengakui terkeksa dan sukar namun dia berjaya melakonkan babak tersebut sekali sahaja.
BACA: “Memang Wujud Ajaran Sesat Yang Hambakan Pengikut, Tak Perlukan Dipertontonkan”
“Memang tiada tapisan, saya memang minum (air basuhan kaki) dan cium kaki. Memang terseksalah. Tetapi saya berjaya melakukan sekali sahaja kerana sudah dalam karakter,” katanya.
Sementara itu, ...

Peminat Kopi Di Filipina Lebih Suka ZUS Coffee Daripada Starbucks
Jenama kopi lokal, ZUS Coffee berjaya mengembangkan perniagaan ke negara jiran, Filipina pada tahun 2023 dan sejak itu, mereka menerima banyak penerimaan positif daripada peminat kopi di sana.
Ramai pelanggan memuji rasa unik dan harga yang mampu milik malah ada yang memuji ZUS Coffee lebih baik daripada jenama kopi antarabangsa terkenal, Starbucks.
Zus coffee is superior over Starbucks pero wag tayong maingay para di nila mahalan. Charot.
— Nikki (@macronikki) February 24, 2025
ZUS Coffee lebih bagus ...

Anak Dilahirkan Oleh Ibu Malaysia Tapi Bapa Warga Asing Kini Boleh Dapat Kewarganegaraan
Melalui laporan Berita Harian, kanak-kanak yang berusia di bawah 18 tahun yang ibunya merupakan rakyat Malaysia berkahwin dengan lelaki asing dan dilahirkan di luar negara kini boleh memohon kewarganegaraan Malaysia mengikut Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan.
Keputusan tersebut dibuat hasil daripada ...

Enggan komen kutipan Soloz, sudah beri yang terbaik sebagai pelakon
PUTRAJAYA: Sebagai pelakon utama filem Soloz: Game Of Life, Hun Haqeem sudah melunaskan tanggungjawab sebaik mungkin menghidupkan karakter yang diberikan.
Oleh itu, Hun atau Haqeem Hermy, 27, berkata urusan jumlah kutipan filem adalah diluar bidang kuasanya sebagai pelakon dan enggan sewenangnya memberikan komen.
“Sebab itu saya tak mahu komen soal kutipan filem Soloz di pawagam. Sebagai pelakon, apa yang saya harapkan adalah siapa yang tonton filem terkesan dengan cerita ...

Datuk Seri antara 16 individu ditahan rasuah pendaftaran kelahiran
PUTRAJAYA: Seramai 16 individu termasuk seorang pengamal perubatan bergelar Datuk Seri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat rasuah membabitkan pendaftaran lewat kelahiran bertaraf bukan warganegara kepada warganegara.
Ini termasuk mendaftarkan kelahiran menggunakan dokumen sokongan palsu.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata, penahanan itu susulan Op Outlander dan Op Birth yang dilancarkan semalam membabitkan serbuan ke atas beberapa premis termasuk klinik dan firma guaman sekitar Lembah Klang dan Johor.
Katanya, bagi Op Outlander, suspek utama ...

Graduan Dedah Gaji RM1800 Dianggap ‘Tinggi’ Di Sabah – “Mereka Tak Peduli Dengan Kelayakan Saya”
Melalui laporan FMT, seorang gadis yang baru menamatkan pengajian cuba mendapatkan pekerjaan tetapi gaji permulaan yang diminta iaitu sebanyak RM1800 dianggap ‘tinggi’ di negeri Sabah.
Bukanlah perkara yang luar biasa..
Saya ada ijazah dalam pengurusan teknologi, tetapi mereka tidak peduli dengan kelayakan saya.
Gadis bernama Norashikin itu membuat keputusan untuk berhijrah ke Semenanjung Malaysia susulan gaji yang ditawarkan lebih berbaloi mengikut kelayakan serta kemahiran yang dimiliki.

China perkenal silibus AI di semua sekolah
BEIJING: Semua sekolah rendah dan menengah di China akan diperkenalkan dengan kursus dan kaedah pengajaran berkaitan kecerdasan buatan (AI) bermula September ini.
Kenyataan dalam laman web rasmi pihak berkuasa pendidikan China memaklumkan, sekolah-sekolah akan meneroka dan membina kursus AI, menggabungkannya ke dalam perkhidmatan selepas sekolah, aktiviti kelab, penyelidikan serta sistem pendidikan lain pada semester musim luruh akan datang.
Mereka juga berhasrat untuk bekerjasama dengan syarikat terkemuka, universiti, institusi penyelidikan baharu, dan persatuan industri bagi membangunkan kursus ...