PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk mengurangkan harga runcit RON97 sebanyak 10 sen kepada RM3.28 seliter bagi tempoh esok hingga 19 Mac ini.
Pada masa sama, harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia juga turun sebanyak 7 sen kepada RM3.06 seliter seiring perubahan harga pasaran minyak.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan, kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit RON97 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga.
“Penetapan harga runcit produk petroleum menggunakan formula Automatic Pricing ...