PETALING JAYA: Dua wakil Malaysia, Rachel Arnold dan Aifa Azman melepasi halangan pusingan pertama selepas menundukkan lawan masing-masing pada Kejohanan Skuasy Terbuka Australia di Brisbane, Australia, hari ini.
Rachel yang menghuni ranking No. 19 dunia dipaksa bermandi keringat sebelum beroleh kemenangan ke atas pemain muda Mesir, Nour Heikal 7-11, 9-11, 11-5, 11-6, 11-4 dalam masa 51 minit.
Kejayaan itu bakal menemukan pemain berusia 29 tahun itu dengan seorang lagi bintang Mesir yang berada di ranking No. 9 dunia, Rowan Elaraby pada ...