KUALA LUMPUR: Pereka fesyen terkenal, Fiziwoo nafi serik bekerjasama dengan selebriti tanah air sebagai wajah ilham bagi Koleksi Raya Fiziwoo 2025 pada tahun ini.
Kata pengasas jenama tersebut, Hafizi Woo dan Izree Kai Haffiz, perjalanan 10 tahun dalam dunia fesyen membuatkan mereka mahu mempamerkan koleksi raya pada tahun ini dengan kerjasama golongan ‘profesional’ secara eksklusif.
“Kami bukan serik untuk bekerjasama dengan selebriti. Tetapi, sempena ulang tahun ke-10 ini, Fiziwoo ingin buat pembaharuan dengan memilih ‘wajah ilham’ berbeza bagi koleksi Aidilfitri tahun ...