BEIJING: Seorang wanita di wilayah Zhejiang, China mendakwa dirinya dijangkiti virus Herpes selepas menggunakan mikrofon semasa berkaraoke yang dipegang terlalu rapat ke mulut.
Wanita tersebut, yang tidak dinamakan, berkongsi kisahnya menerusi platform media sosial Douyin baru-baru ini, mendedahkan bagaimana dia dijangkiti virus Herpes Simplex (HSV-1) sejak lapan tahun lalu.
Menurut wanita itu, insiden berlaku pada tahun 2017 ketika dia berkunjung ke sebuah pusat karaoke di Zhejiang dan ketika beraksi di pentas, dia memegang mikrofon terlalu dekat ...