ARAU: Pelantikan ahli majlis di bawah Majlis Perbandaran Kangar (MPK) dijangka melibatkan 50 peratus muka baharu yang proses lantikan akan dilaksana dalam masa terdekat.
Yang Dipertuanya, Affendi Rajini Kanth berkata, dalam masa terdekat, seramai 10 orang akan dilantik disusuli selebihnya selepas itu apabila melalui proses-proses ditetapkan.
Katanya, pelantikan ahli majls secara keseluruhan melibatkan 24 orang termasuk beliau.
“Perkara berkaitan ahli majlis ini boleh kita anggap selesailah. Terdekat ini, kita lantik 10 orang dahulu dan selepas itu yang selebihnya.
“Terdapat 50 peratus muka baharu ...