ARAU: Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) sasar menghidupkan semula sekurang-kurangnya 100,000 hektar ladang getah yang tidak diusahakan atau terbiar di negara ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah tersebut bertujuan memajukan semula sektor berkenaan sekali gus membantu penoreh getah untuk meningkatkan pendapatan mereka.
Katanya, secara keseluruhan, terdapat sekitar 420,000 hektar ladang getah termasuk bukan milik RISDA terbiar di negara ini.
“Tanah-tanah terbiar itu adalah disebabkan oleh isu-isu semasa seperti kekurangan tenaga kerja dan ketidakstabilan ...