PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan dipanggil semula Isnin ini untuk direkod keterangan.
Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya menangguhkan sesi rakaman keterangan sehingga Isnin ini memandangkan Ismail Sabri dijadual mengikuti program di Bera, Pahang.
Beliau berkata, Ahli Parlimen Bera itu telah memberi kerjasama kepada pegawai penyiasat hari ini dan semalam.
“Saya tidak dapat mendedahkan kandungan keterangannya,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Terdahulu, kenderaan membawa Ismail Sabri dilihat keluar kira-kira pukul ...