SEREMBAN: Sebuah premis menjual khemah di Kampung Baru Rasah di sini diserbu pihak polis selepas dikesan menjadi menjadi ‘transit’ menjual dan mengedar mesin perjudian komputer tablet dengan rampasan keseluruhan dianggarkan bernilai lebih RM500,000.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, dalam serbuan pada pukul 4.30 petang semalam, seramai tiga lelaki termasuk dua warga tempatan dan seorang warga China berusia 30-an telah ditahan.
“Mereka yang ditahan terdiri daripada pemilik premis, rakan ...