Blog

Jawatankuasa khas ditubuh tangani kesesakan di JB

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri dengan kerjasama Kementerian Pengangkutan akan mewujudkan jawatankuasa khas bagi menangani isu kesesakan jalan raya dan penyuraian trafik bagi Sistem Rapid Transit (RTS) di daerah ini.

Perkara itu dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di ibu negara semalam.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, usaha tersebut bagi memastikan isu kesesakan serta keselamatan jalan raya sentiasa ...

Read More →

“Kalau Orang Nak Mengata, Tetap Akan Mengata” – Sophia Albarakbah Terbuka Bergandingan Dengan Fattah Amin, Status Bukan Penghalang

Pelakon jelita, Sophia Albarakbah dikhabarkan akan bergandingan dalam naskah terbaru bersama duda terhangat, Fattah Amin dalam drama Aku Cinta Dia tidak lama lagi.

Mengulas lanjut gandingan terbarunya itu, Sophia berkata dia tidka melihat kerjasama itu bakal mencetuskan spekulasi liar kerana dia hanya fokus terhadap tanggungjawab sebagai pelakon dan profesional.

Read More →

Iqbal Dah Bosan Hidup Mewah, Habiskan RM1 Juta Dalam Seminggu

Pempengaruh media sosial dan penyanyi sensasi, Iqbal Zulkefli mengakui dia sudah bosan hidup mewah serta mahu mengubah gaya hidup agar tidak boros berbelanja.

Menerusi soal jawab di Insta Story, Iqbal berkata dia pernah menghabiskan RM1 juta dalam tempoh seminggu tanpa sedar.

“Beberapa tahun lalu saya boros, saya boleh habiskan RM1 juta dalam masa seminggu sahaja tanpa saya sedar.

“Sekarang sangat jauh berbeza. Banyak barangan mewah kepunyaan saya yang beratus ribu. Ada barangan mewah saya yang tidak pakai, saya jual semula. Bosan juga ...

Read More →

Lapan rakyat Palestin maut, puluhan cedera serangan udara Israel

GAZA : Sekurang-kurangnya lapan warga Palestin terbunuh dan puluhan lagi cedera selepas dua serangan udara Israel menyasarkan kumpulan yang ditugaskan menjaga keselamatan trak bantuan ke Semenanjung Gaza semalam, menurut sumber perubatan.

Dalam serangan pertama di kawasan barat Bandar Rafah, selatan Gaza, lebih 30 orang dilaporkan cedera, dengan beberapa mangsa dalam keadaan kritikal dan petugas perubatan bimbang angka korban mungkin meningkat.

Di Bandar Khan Younis, satu lagi serangan udara Israel mengenai kumpulan lelaki yang bertugas menjaga penghantaran bantuan sehingga mencederakan beberapa daripada ...

Read More →

“Sedosa-Dosa Aku, Aku Tidak Akan Main & Persenda Agama” – Lucinta Luna Bersumpah Akan Tunai Umrah Sebagai Lelaki

Lama tidak mempunyai cerita tentang dirinya, personaliti media sosial transgender asal dari Indonesia iaitu Lucinta Luna, baru-baru ini, ada meluahkan bahawa dia menyimpan hasrat mahu mengerjakan umrah di Mekah dalam masa terdekat.

Bersumpah akan tunai umrah sebagai seorang lelaki

Bagaimanapun kata Lucinta atau nama sebenarnya, Muhammad Fattah, dia berjanji akan menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci sebagai seorang lelaki kerana tidak mahu mempersendakan agama.

Read More →

“Duit Banyak Macam Mana Pun Akan Habis..”

Pelawak Man Raja Lawak berkongsikan pesanan tenang kehidupan bahawa hidup sederhana membuatkan hati tenang serta permudahkan urusan orang lain.

Menerusi video dimuat naik di TikTok, Man berkata banyak mana pun harta pasti akan habis namun kita tidak tahu bila usia seseorang akan berakhir.

“Saya rasa untuk hati tenang, kita kena permudahkan urusan orang lain.

“Kalau kita nak kaya, kita kena hidup bersederhana. Duit banyak macam mana pun akan habis, yang kita tak tahu umur kita,” katanya.

Tambah Man lagi, nikmatilah hidup sementara masih diberikan ...

Read More →

Ahmad Samsuri lepas jawatan Bendahari Agung PN

PETALING JAYA: Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mengumumkan melepaskan jawatan Bendahari Agung Perikatan Nasional (PN) semalam.

Memetik laporan portal Harakahdaily, pengumuman itu dibuat menerusi satu kenyataan ringkas kepada barisan kepimpinan Pas Pusat.

Dalam kenyataan berkenaan, Menteri Besar Terengganu itu berkata, beliau telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada pihak pengurusan PN.

“Assalamualaikum kepada semua sahabat, saya ingin memaklumkan kepada semua bahawa saya, Ahmad Samsuri bin Mokhtar sud menghantar surat peletakan jawatan ...

Read More →

“People Love Playing With Me, But Hate When I Play back” – Nur Fazura

Pelakon dan usahawan Nur Fazura mencuri tumpuan ramai apabila dia memuat naik beberapa foto dan kata-kata motivasi hidup di Instagram.

Sebelum ini, nama aktres jelita itu kembali diperkatakan setelah bekas suaminya, Fattah Amin memaklumkan dia sudah menerima surat tuntutan daripada Fazura berkenaan isu pemilikan kereta.

Fazura juga dilihat meluahkan rasa kesal apabila ada pihak yang menuduhnya masih belum ‘move on’ daripada bekas suami gara-gara isu tersebut.

Read More →

“Dah Try Tuntut Baby Adham Tapi Staf Tak Nak Lepaskan” – Tunjuk Bukti, Aktivis Dakwa Doktor Bekukan Jenazah Bayi ‘Kaki Spin’?

Melalui hantaran di Facebook pengasas Unit Khas Van Jenazah (UKVJ) yang dikenali sebagai Mr Wan Cai mendakwa pihak Hospital Bersalin Razif (HBR) mengeluarkan kenyataan tidak benar mengenai isu menahan serta membekukan jenazah bayi di hospital terbabit.

Aktivis dakwa pihak hospital ‘kaki spin’?

Kata Wan Cai, doktor di hospital tersebut telah memutar belit cerita serta fakta semata-mata mahu menjaga nama baik dan menutup kesalahan daripada pihak mereka.

Menurutnya lagi, terdapat saksi yang melihat ibu bayi tersebut berada di hospital itu ...

Read More →

Percepatkan usaha ubah suai SK Temai

PEKAN: Bukan sekali, tetapi setiap tahun antara tiga hingga empat kali Sekolah Kebangsaan (SK) Temai di sini, digenangi ‘air termenung’ terutama ketika musim tengkujuh sehingga menenggelamkan aras bawah sekolah tersebut. Faktor bentuk muka bumi rendah difahamkan menyebabkan ‘air termenung’ mudah berlaku di sekolah itu dan mengambil masa lama untuk surut sepenuhnya. Yang Dipertua Persatuan Ibu … Read More →

Page 264 of 1,606 «...240250260262263264265266...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X