KUANTAN: Enam termasuk lima penumpang dan pemandu bas Rapid Kuantan berdepan detik cemas apabila bas dinaiki berlanggar dengan lori muatan batu yang hilang kawalan di Jalan Kuantan-Sungai Lembing berhampiran persimpangan Panching di sini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11.50 pagi itu, pemandu dan penumpang bas berkenaan mengalami kecederaan.
Pemandu lori berusia 28 tahun juga mengalami kecederaan selepas kenderaan dipandunya terbalik.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, kejadian itu berlaku ketika lori tersebut dalam perjalanan dari arah kuari ...