GUA MUSANG: Laluan di Kilometer 78, Jalan Gua Musang-Lojing berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke di sini yang sebelum ini ditutup akibat tiga kejadian lubang benam akan dibuka satu lorong kepada kenderaan ringan sebelum 28 Mac ini.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, laluan terbabit sedang dibaiki dan kemajuannya sudah mencapai 50 peratus.
Katanya, kos pembaikan untuk lubang benam dan kesan kejadian banjir lumpur yang berlaku di laluan itu dianggarkan berjumlah RM2 juta.
“Syarikat konsesi sedang membina pembetung di kawasan ...