Blog

PKR ada senarai pemimpin berminat sertainya

SHAH ALAM: PKR dikatakan mempunyai senarai pemimpin dan bekas pemimpin yang mahu menyertai parti itu sejak berlaku perubahan kerajaan menerusi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 2018.

Perkara itu didedahkan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Muhammad Izuan Ahmad Kasim yang mendakwa ia termasuk melibatkan bekas pemimpin PKR mahu kembali ke pangkuan parti itu.

“Ia dianggap perkara normal berlaku dalam parti apabila ada individu atau pemipin yang mahu menyertai Keadilan dan semua urusan penerimaan atau kelulusan diputuskan oleh pimpinan parti di ...

Read More →

Pesona kediaman penuh karakter

Kediaman jenis banglo setingkat ini mempunyai karakter tersendiri dengan mengangkat konsep dan gaya peralihan. Keseluruhan ruang menampilkan dekorasi dan susun atur yang menggabungkan elemen moden dan tradisional dengan harmoni. Rekaan terbuka juga membolehkan cahaya semula jadi masuk ke dalam setiap ruang sekali gus membangkitkan lagi suasana hangat dan nyaman. Pemiliknya, Nusaibah AA bijak bermain dengan … Read More →

Misi wajib menang ke atas Hong Kong

PETALING JAYA: Skuad hoki remaja wanita masih mempunyai talian hayat untuk melayakkan diri ke Piala Dunia Remaja 2025 di Chile apabila dijadual menentang Hong Kong dalam aksi penentuan tempat kelima hingga kelapan Piala Remaja Asia, hari ini.

Piala Remaja Asia menawarkan tiket ke Piala Dunia Remaja 2025 kepada lima pasukan terbaik dengan empat negara sudah mengesahkan slot mereka iaitu China, India, Jepun dan Korea Selatan.

Young Tigress berdepan misi wajib menang ke atas Hong Kong dan sekiranya berjaya mereka dijadual menentang ...

Read More →

Atasi segera ketidakmampuan kuasai 3M

PADA sesi akademik 2024/2025, statistik yang mengejutkan menunjukkan sebanyak 122,062 daripada 448,113 murid tahun satu (27.24 peratus) masih belum menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M). Salah satu punca utama adalah masalah kesihatan dengan ramai murid mengalami masalah penglihatan, pendengaran dan gangguan perhatian (ADHD) yang menghalang mereka daripada memberi tumpuan dalam pembelajaran. Tanpa rawatan … Read More →

Malaysia mampu pimpin perbankan Islam global

PERBANKAN Islam menjadi alternatif yang semakin menarik berbanding konvensional dan Malaysia berada pada kedudukan kukuh untuk memimpin sektor ini di peringkat global. Berteraskan prinsip yang melarang faedah (riba) dan penekankan pelaburan beretika, perbankan Islam terus mendapat perhatian daripada pelbagai lapisan masyarakat, terutama di negara-negara yang majoriti penduduknya umat Islam. enjelang akhir 2023, industri ini menguruskan … Read More →

Worldwide Stainless ambil alih Bahru Stainless pada AS$95j

PETALING JAYA: Worldwide Stainless Sdn. Bhd. memuktamadkan pengambilalihan Bahru Stainless Sdn. Bhd. bernilai AS$95 juta (RM423 juta), membuka lembaran baharu yang strategik bagi industri keluli tahan karat Malaysia.  Pengambilalihan ini bukan hanya menandakan pemulihan semula sepenuhnya operasinya, malah mencerminkan visi jangka panjang Worldwide Stainless memulihkan Bahru Stainless Sdn. Bhd. sebagai pengeluar tunggal keluli tahan karat … Read More →

Thailand cabaran besar Harimau Malaya

PETALING JAYA: Aksi menentang Thailand dalam perlawanan ketiga Piala ASEAN 2024 di Stadium Rajamangala malam ini menjadi satu cabaran besar buat skuad kendalian Pau Marti Vicente.

Tidak keterlaluan jika dikatakan aksi menentang Gajah Perang itu juga menjadi penentu kepada hala tuju skuad kebangsaan dalam saingan Piala ASEAN tahun ini selepas permulaan tidak menentu.

Diikat 2-2 oleh Kemboja dalam perlawanan pertama dan berhempas pulas untuk menumpaskan pasukan paling kerdil dalam Kumpulan A iaitu Timor Leste 2-1 di gelanggang sendiri menceritakan sisi sebenar ...

Read More →

Ringgit diunjur mengukuh sekitar RM4.20 menjelang akhir 2025

PETALING JAYA: Penganalisis ekonomi menjangkakan ringgit akan mencecah ke paras sekitar RM4.20 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir 2025 disebabkan prospek ekonomi Malaysia yang baik.  Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, jangkaan itu juga dilihat berikutan unjuran kadar dasar semalaan (OPR) yang bakal dikekalkan pada paras tiga peratus … Read More →

Page 255 of 1,606 «...230240250253254255256257...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X